Khamis, 5 Oktober 2006

E-mail Problem

Untuk menghalang 'Inbox' atau 'Bulk' e-mail korang dipenuhi dengan e-mail lucah dan macam-macam offer? Ini penting untuk anda.

JANGAN SEKALI-KALI 'BERINTERAKSI' ATAU MEMBERIKAN MAKLUMBALAS kepada mesej yg berunsur lucah & mencurigakan. Seringkali, terdapat beberapa ikon atau lambang tertentu yg 'memancing' perhatian anda sebagai pengguna utk terus berinteraksi atau mengambil bahagian dlm forum atau perbicangan, dan sebagainya. Ini dilakukan oleh orang yg tidak bertanggungjawab, utk menguji sejauh mana populariti laman webnya, ataupun keberkesanan kaedah yang digunakannya utk menyebarkan bahan-bahan yg tidak bermanfaat. Malah, ada kalanya apabila anda membuka 'inbox/bulk' e-mail anda, anda akan dapati pelbagai jenis tajuk yg mencetuskan rasa ingin tahu yg amat sangat, & seterusnya menggalakkan anda mencuba utk melihat apakah yg ditawarkan oleh orang itu. Tajuk seperti 'I am available tonight, are you?', 'You're Selected!', atau 'Wow, You're Sexy' dan sebagainya memang benar-benar menguja daya keinginan anda utk terus melihat apakah yg ditawarkan, sedangkan semuanya ini hanyalah satu PERANGKAP utk membawa anda hanyut lebih jauh dlm aktiviti yg tidak bermaruah. Ingatlah, jika Inbox/Bulk anda dicemari mesej-mesej sebegini, 'DELETE' lah mesej tersebut tanpa anda membukanya.

PERHATIKAN SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG TAWARAN WANG RINGGIT seperti 'Instant Cash', 'Comfirmed Delivery', atau 'Congratulations, You've Won!' dan sebagainya. Jika Inbox/Bulk anda dipenuhi dgn tawaran yg tidak masuk akal ini, jgn pula anda mudah terpengaruh utk mengetahui lebih lanjut apa kandungan mesej tersebut, kerana dgn berbuat demikian, anda akan terperangkap jika tidak berhati-hati. Kebanyakan mesej seperti ini menjadi satu wadah bg orang yg tidak bertanggungjawab utk mencuri maklumat peribadi anda (seperti nama, no. IC, no. account bank, alamat rumah dan lain lain). Anda tentu rasa teruja apabila tiba tiba shj anda ditawarkan wang/hadiah yg lumayan, bukan? Jadi, tanapa disedari, anda segera mendedahkan butir butir peribadi anda kpd mereka, yg membawa padah kepada diri anda sendiri.

(SUMBER: MAJALAH KUMTUM OKTOBER 2006)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan