Sabtu, 16 September 2006

Satu cupak bersamaan 675 gram

SAYA faham jika meninggalkan puasa pada Ramadan kita dikenakan membayar fidyah. Persoalannya apakah sukatan satu cupak itu dalam kiraan kilogram? Ini bagi memudahkan saya untuk membuat pembayaran.


Seperkara lagi, bolehkah dilebihkan pembayaran itu (contohnya melebihkan bayaran fidyah untuk satu hari lagi sebagai sedekah)?

INGIN TAHU

Kuala Lumpur

JAWAPAN :

Islam adalah agama yang mudah untuk diamalkan penganutnya. Syariat fidyah ialah sebagai denda kerana lewat menunaikan tanggung jawab wajib iaitu berpuasa Ramadan. Ia lebih berunsur sosial di mana sedekah makanan kepada orang miskin akan meringankan beban orang yang tidak mampu.

Jika sukar membayar dalam cupak, ia boleh ditukar kepada gram iaitu satu cupak bersamaan 675 gram dan satu gantang bersamaan 2.7 kilogram.

Ia juga boleh dibayar dalam harga secupak iaitu harga secupak sebanyak RM1.18. Yang wajib dibayar ialah jumlah fidyah yang secukupnya. Jika berhajat membayar lebih, itu adalah sedekah yang digalakkan dalam agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan