Selasa, 12 September 2006

Harta dan kekayaan

Close up, glacial outflow Originally uploaded by TerryMcT.



kalau seandainya harta kekayaan duniawi itu
ibarat sesuap nasi ditangan orang mulia dan baik budi
nescaya ia akan memberikannya kepada tetamunya

kekayaan yang sempurna ialah kehormatan yang bukan pemberian
keharmonian yang tidak perlu dicari-cari
serta kesabaran tanpa kehinaan
segenggam wang lebih kuat dari sedulang kebenaran
bila wang bersuara, kadangkala kebenaran menjadi diam

kebanyakan kita..
dipuji senang hatinya
dicela kecil hatinya
apabila beruntung sangat gembira
apabila rugi berkeluh kesah

sebaiknya kita..
kalau ada jangan terlalu mengharap
kalau hilang jangan terlalu cemas
tidak harap kerana untung
tidak cemas kerana rugi

sedarlah..
kekayaan harta itu adalah cantik pada zahir
sederhana pada batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan