Rabu, 5 Julai 2006

NGO Islam sepakat ISA langgar syariat


p_0351
Originally uploaded by tomooka.


Tue | Jul 04, 06 | 09:27:07 AM
Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - Penahanan tanpa bicara dianggap bertentangan dari sudut Islam kerana Islam sendiri menggariskan kaedah-kaedah usul yang menyatakan pendakwaan mesti berdasarkan bukti-bukti kukuh.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, menegaskan kerajaan sudah lama melanggari hak asasi di negara ini, sama ada melalui akta zalim, Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), hak rakyat untuk bersuara, hak berdemonstrasi dan sebagainya.

"Beberapa pandangan yang dilihat menegur kerajaan, tidak dianggap sebagai satu perkara yang dibolehkan, malah dianggap sebagai suara pembangkang. Begitu juga dengan pilihan raya kampus yang tidak demokrasi," tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu hak asasi dalam Islam, di mana Islam menggariskan bahawa hak asasi perlu dipelihara dan jika melanggarinya boleh dianggap berdosa.

Sebelum ini, seminar hak asasi dalam Islam yang dianjurkan Jemaah Islah Malaysia (Jim), Kumpulan Karangkraf dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) baru-baru ini merumuskan beberapa resolusi, antaranya hak asasi merupakan tanggungjawab semua pihak dan memeliharanya merupakan ibadah, manakala melanggarinya adalah berdosa.

Sementara itu, pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata sekiranya hak asasi manusia berpandukan kepada Barat, ia bertentangan Islam kerana ada hak-hak yang tidak dibenarkan, dan sebaliknya.

"Sebagai contoh, minum arak, berjudi, berzina. Dalam Islam ia melanggari hukum dan hak Allah, tetapi Barat melihat dari sudut hak asasi. Islam meletakkan hak manusia atas lima perkara iaitu memelihara hak beragama, nyawa, harta, akal dan keturunan," tegas beliau.

Mengulas tentang ISA, beliau berkata sesuatu pendakwaan itu tidak dibolehkan tanpa bukti, memandangkan Islam menetapkan pembuktian adalah perkara asas dalam pendakwaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan