
I'm back
Originally uploaded by zeekomkommer.
Mon | Jul 03, 06 | 04:48:52 PM
Oleh Saidatul Amani
PUTRAJAYA, 3 Julai (Hrkh) - Umat Islam diingatkan melaksanakan ajaran agama Islam secara menyeluruh bukan sekadar tempelan sehingga menyebabkan banyak ruang kosong dalam kehidupan yang menyebabkan ramai memperlekeh agama termasuk mengisytiharkan diri murtad.
Perbicaraan kes Lina Joy (Azlina Jailani), 42, yang mahu mendapatkan perintah mahkamah supaya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara mengisytiharkan beliau keluar daripada agama Islam, telah mengugat sensitiviti umat Islam untuk lebih peka terhadap agama Islam.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berharap seluruh umat Islam dalam negara ini mesti prihatin dan sensitif terhadap isu Lina Joy kerana kes itu merupakan suatu petanda terhadap kewibawaan Mahkamah Syariah.
Menurut beliau, itu merupakan suatu kes yang akan menentukan sama ada artikel 121 (1A) itu dapat dipertahankan atau sebaliknya.
"Saya yakin dan percaya bahawa peguam yang mewakili Majlis Islam Wilayah Persekutuan yang diketuai Haji Sulaiman Abdullah akan dapat berhujah dengan baik dan kita berharap ia dapat memastikan kemenangan di pihak pihak berkuasa agama," katanya ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan, di sini, tengah hari tadi.
Beliau berkata, kehadiran Pemuda PAS ke mahkamah adalah untuk memberi sokongan kepada Majlis Islam Wilayah Persekutuan bahawa kes tersebut merupakan kes umat Islam bukan kes individu.
Sementara itu, Adun Anak Bukit, Kedah, Amiruddin Hamzah berkata, setiap keputusan untuk mengisytiharkan diri keluar daripada Islam perlu mendapat mandat daripada mahkamah syariah manakala mahkamah sivil tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk membuat keputusan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa mahkamah syariah seperti yang termaktub dalam 121 (1A).
Menurut beliau, banyak kes sebelum ini yang dibawa keluar menunjukkan bahawa Islam `The law of the land' dan tidak boleh melihat apa yang berlaku di negara lain seperti India dan Australia kerana uniknya kedudukan agama Islam di bawah artikel 3.
Katanya, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan nama Islam di kad pengenalan mempunyai persepsi yang cukup besar bagi membolehkan penganut itu menerima zakat serta membantu penguat kuasa Majlis Agama Islam untuk menangkap mereka sekiranya didapati tidak berpuasa dan makan di khalayak.
"Nama Islam di kad pengenalan itu sebagai dokumen yang penting bukan perkara yang mendiskriminasikan penganut Islam dengan agama lain kerana Islam mempunyai status yang cukup tinggi dan utama," katanya.
Menurut beliau, Islam melarang umatnya murtad dan yang paling penting seluruh umat Islam perlu memikirkan supaya penganut agama Islam tidak ingin sama sekali keluar daripada agama itu.
Sehubungan itu beliau berharap supaya Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh seperti mana yang dikhendaki dalam al-Quran, malangnya kerajaan Malaysia hari ini seolah-olah hanya melaksanakan Islam secara tempelan
"Pelaksanaan Islam secara tempelan iaitu hanya sekadar pada nama akan menyebabkan banyak ruang kosong dalam kehidupan serta menggalakkan pemeluk agama Islam keluar daripada agama suci itu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan