
In full bloom
Originally uploaded by s8ssyncute.
Kerana tak risaulah selama ini ramai yang dah murtad sama ada secara terang-terangan atau secara tersembunyi.
Kerana tak risaulah maka ada anak Melayu Islam seperti Nuraishah Bukhari yang terdidik dengan didikan Islam yang mendalam, bertudung litup, hafaz banyak surah dalam al-Aquran, pernah menegur ahli keluarga yang melambat-lambat solat, tetapi akhirnya sanggup meninggalkan agama yang suci kerana pengaruh cinta. Lebih sayang cinta daripada agama, sanggup meninggalkan ibu bapa berendam air mata.
Kerana tak risaulah, kita tak kisah bila anak muda Islam berpakaian menjolok mata (termasuk yang bertudung tetapi seluarnya ketat, bajunya singkat), berpegang-pegangan, berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan di depan mata di khalayak ramai.
Kerana tak risaulah, maka ramai orang Islam kini hanya mengambil separuh sahaja ajaran Islam dan menolak separuh lagi. Misalnya (satu contoh paling mudah dan biasa dilihat), ketika solat atau ke tanah suci, aurat semuanya ditutup ikut perintah Allah. Bila lepas solat atau balik dari tanah suci, aurat dibuka semula. Pakai semula pakaian ketat dan mendedahkan. Tunjukkan semula rambut yang didandan rapi. Tak takut dia mempermain-mainkan dan memperolok-olokkan perintah Allah.
Kerana tak risaulah, maka kita anggap biasa sahaja terhadap kebiadapan yang semakin hari semakin berani dilakukan secara terang-terangan terhadap Islam dan umatnya.
Kerana tak risaulah, maka semakin hari, ulama dan golongan cendekiawan Islam semakin dipandang sepi, malah kata-kata, nasihat dan fatwa mereka semakin berani dicabar oleh kita yang hanya menggunakan akal tanpa ilmu.
Kerana tak risaulah, maka............... senarainya terlalu panjang sebenarnya. Tak muat ruang untuk ditulis satu persatu. Hanya akal yang mencintai Islam dan pandangan yang menggunakan mata hati, bukan mata perasaan, akan dapat melihatnya.
Sikap sebahagian (ditekankan sekali lagi, SEBAHAGIAN, bukan semua) orang Islam yang kedekut, malas, buruk laku, hasad dengki dsb itu menjadi duri dalam daging sebahagian yang lain. Perlukah ditambah lagi dengan sikap ambil mudah dan ambil ringan sahaja terhadap segala macam dakyah halus yang dilakukan untuk menambat anak-anak muda kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan