2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Sistem seperti kulit manusia

SAINTIS Britain sedang mencipta sistem kulit pintar yang membolehkan sesebuah pesawat mengetahui perubahan angin, kelajuan, suhu, tekanan fizikal dan pergerakan lebih baik daripada teknologi sedia ada.
 
LONDON, 23 Ogos - Pakar kejuruteraan Britain kini sedang membina sistem yang menyerupai fungsi kulit manusia, untuk dipasang di sekeliling bahagian luar badan kapal terbang, bagi mengesan sebarang kerosakan atau perubahan persekitaran.
 
Mail Online melaporkan, jurutera dari Pusat Sistem Teknologi Maju BAE sedang giat menjalankan kajian untuk menghasilkan sistem yang dikenali sebagai `kulit pintar' itu, yang bakal dilengkapi dengan puluhan ribu pengesan mikro.
 
Pemasangan kulit pintar tersebut membolehkan sesebuah pesawat mengetahui perubahan angin, kelajuan, suhu, tekanan fizikal dan pergerakan lebih baik daripada teknologi sedia ada.
 
Ketua penyelidikan dan pembangunan sistem berkenaan, Lydia Hyde berkata, idea untuk menghasilkan sistem itu lahir selepas beliau melihat bagaimana mesin basuh menggunakan alat pengesan bagi memastikan suhunya tidak terlalu panas.
 
"Saya memerhatikan bagaimana pengesan berkenaan menghalang mesin basuh tersebut berada pada suhu yang tinggi. Saya mengambil teori ini dan mahu mengaplikasikannya dalam projek terbaharu saya," jelasnya.
 
Kata Hyde, sistem itu juga akan mengurangkan kekerapan pemeriksaan berkala, sekali gus meningkatkan kecekapan dalam proses penukaran alat ganti kapal terbang, selain meningkatkan keselamatan.
 
"Pengesan yang digunakan pada sistem kulit pintar tersebut sangat kecil, sebesar butiran beras atau lebih kecil daripada itu," ujarnya.
 
Secara kolektifnya, pengesan akan berfungsi apabila dipasangkan dengan perisian yang sesuai, konsep komunikasi yang sama diguna pakai oleh kulit manusia dalam menghantar isyarat kepada otak. – Agensi
 
 
 
Harjan Milosevic , Isnin, Ogos 25, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog