/

Manusia purba 6,500 tahun ditemui di muzium

 
PHILADELPHIA, 6 Ogos - Sebuah muzium arkeologi di Amerika Syarikat (AS) menemui semula satu rangka manusia purba berusia 6,500 tahun yang berada di dalam sebuah bilik sejak beberapa dekad lalu.
 
Pengumuman mengenainya dibuat oleh pihak pengurusan muzium tersebut, Muzium Universiti Pennsylvania Penn di sini kelmarin.
 
"Rangka manusia yang masih sempurna itu ditemui di kota purba Ur, selatan Iraq (kini bandar Nasiriyah) pada tahun 1930 dan disimpan di dalam sebuah kotak yang menyerupai keranda" menurut kenyataan muzium berkenaan.
 
Pengurus projek Muzium Universiti Pennsylvania Penn, William Hafford berkata, beliau sedang menyemak senarai artifak ekskavasi berkenaan apabila mendapati terdapat satu rangka manusia di dalam sebuah bilik di muzium berkenaan.
 
Hafford kemudian menghubungi ketua kurator muzium itu, Janet Monge yang mengesahkan terdapat satu rangka manusia tidak berlabel di dalam bilik simpanan bawah tanah bangunan tersebut.
 
"Kami menemui dan membuka kotak itu, ternyata ia menyimpan rangka manusia seperti yang dinyatakan dalam inventori tersebut," kata Hafford.
 
Menurutnya, rangka itu adalah milik seorang lelaki sasa berusia 50 tahun dengan ketinggian 1.75 meter.
 
"Rangka manusia sempurna dari era tersebut yang dikenali sebagai Zaman Ubaid (5,500 hingga 4,000 tahun Sebelum Masihi) amat jarang ditemui antara lain kerana keadaan tanah di rantau berkenaan menyebabkan mayat cepat mereput," jelas Monge. - AP
 
Marjaki Rawo , Khamis, Ogos 07, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog