2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kanak-kanak ketagih gajet tidak peka

KANAK-KANAK yang terlalu leka dengan gajet elektronik didapati kurang peka untuk memahami emosi orang lain.
 
LOS ANGELES, 24 Ogos 2014 - Kecenderungan kanak-kanak masa kini kepada gajet elektronik didapati tidak peka dengan perasaan orang lain disebabkan kurang interaksi secara bersemuka dalam kehidupan sebenar. dedah satu kajian oleh Universiti California.
 
Portal berita Mail Online yang mendedahkan kajian oleh pakar psikologi dari Pusat Media Digital Kanak-Kanak di universiti berkenaan, Profesor Patricia Greenfield melaporkan keadaan itu berlaku disebabkan kanak-kanak banyak menghabiskan masa dengan peralatan elektronik sehingga hampir lima jam setiap hari.
 
Menurut Greenfield, kesan daripada pengaruh alatan elektronik dalam kehidupan kanak-kanak menyebabkan sensitiviti golongan terbabit terhadap tanda-tanda emosi semakin berkurangan, sekali gus berpotensi kehilangan keupayaan untuk memahami emosi orang lain.
 
Jelasnya, dalam kajian yang dijalankan, kanak-kanak diminta mengenal pasti 48 gambar dan video yang memaparkan reaksi muka marah, sedih, gembira dan takut tetapi ramai daripada mereka gagal menterjemahkan emosi tersebut.
 
Malah, katanya, golongan kanak-kanak yang tidak meluangkan masa kepada telefon pintar, televisyen atau peralatan elektronik lain, dapat mentafsir emosi manusia dengan lebih baik.
 
"Kanak-kanak tidak boleh belajar mengenal reaksi emosi manusia yang terpampang pada skrin peralatan elektronik berbanding cara berkomunikasi secara bersemuka dalam kehidupan sebenar," katanya.
 
 
Tanpa Nama , Isnin, Ogos 25, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Tanpa Nama

EXECUTIVE DERECTOR :: Saya, Blogger Tanpa Nama, Lihat atas, Lihat Bawah, Lihat Belakang, Lihat Depan, teruskan perjalanan ini, Itulah wajah kehidupan kita di atas muka bumi ALLAH ini..
((((((( 'The unKnown' / 'The Blog Noname' )))))