2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Risiko bedah hujung minggu

LONDON, 29 Mei 2013 - Pesakit yang merancang untuk menjalani pembedahan pada hujung minggu mempunyai risiko 82 peratus lebih tinggi untuk meninggal dunia berbanding jika melakukannya pada hari Isnin, menurut kajian terbaru Kolej Imperial London.

Penemuan mengejutkan itu menunjukkan bahawa kadar kematian bagi pembedahan elektif akan meningkat pada hujung minggu.

 

Kajian itu buat pertama kalinya turut menyatakan pembedahan di awal minggu lebih selamat berbanding hari lain dengan hari Jumaat serta hujung minggu adalah tempoh paling berbahaya.

 

Kajian itu melibatkan empat juta pembedahan elektif di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), England antara tempoh 2008 hingga 2011 yang melibatkan pesakit yang sekurang-kurangnya telah bermalam satu malam di hospital.

 

Pembedahan elektif biasanya melibatkan prosedur seperti pintasan jantung, menggantikan tulang pinggul dan lutut, pembedahan gastrik dan pembedahan mengeluarkan rahim.

 

Sepanjang penyelidikan itu, sebanyak 27,500 pesakit meninggal dunia dalam tempoh 30 hari selepas pembedahan dengan risiko lebih rendah kepada mereka yang menjalani pembedahan yang sama pada hari Isnin.

 

Pembedahan pada hari Selasa mempunyai risiko yang minimum, tetapi tahap risiko meningkat 15 peratus pada hari Rabu, 21 peratus pada hari Khamis dan 44 peratus pada hari Jumaat.

 

Sementara itu, hampir satu daripada 20 pembedahan akan diadakan pada hujung minggu iaitu ketika tahap risiko berada pada kadar 82 peratus, menurut kajian yang disiarkan di bmj.com itu.

 

Ketua penyelidik, Dr. Paul Aylin berkata, tempoh 48 jam pertama selepas pembedahan sering menjadi tempoh paling kritikal bagi pesakit yang dibedah.

 

"Kegagalan menyelamatkan pesakit boleh disebabkan oleh isu-isu seperti pengurangan kakitangan dan ketiadaan kakitangan pada hujung minggu.

 

"Pesakit yang lemah adalah lebih berisiko untuk mati ketika pembedahan dilakukan pada hujung minggu," katanya. - Agensi

Adam Merah , Khamis, Mei 30, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog