2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Derma Rahim & Hukum Islam

Pemindahan rahim pertama 1931

 

P

EMINDAHAN rahim atau derma rahim juga dipanggil sebagai pemindahan rahim, boleh dilakukan. Prosedur ini pertama kalinya telah dicuba ke atas seekor arnab pada 1896," kata Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Kesuburan dari Pusat Perubatan Tropicana, Dr Navdeep Singh Pannu.

 

Beliau berkata, selepas percubaan yang dilakukan ke atas arnab tersebut berjaya terdapat beberapa saintis yang telah mencuba melakukan pembedahan ini ke atas manusia. Kes pembedahan pertama ke atas manusia dilakukan pada 1931 di Jerman.

Navdeep berkata, "organ rahim boleh didermakan, tetapi kebanyakan kes telah berakhir dengan kegagalan. Bagaimanapun, dengan teknologi sains perubatan yang ada pada masa akan datang, mungkin ada hasil yang lebih baik dan prosedur ini boleh dilaksanakan dengan lebih kerap," katanya.

 

Menyentuh kes pemindahan rahim pertama yang berjaya dilakukan ke atas wanita Turki, Derya Sert, beliau berkata, pemindahan tersebut telah berjaya dilakukan di Hospital Universiti Akdeniz di Turki pada 9 Ogos 2011. Pada 12 April lalu, wanita itu berjaya mengandung selepas menjalani rawatan In-Vitro Fertilization. Namun, setakat ini belum ada lagi kes sebegini di Malaysia.

 

Mengambil contoh kes pembedahan pertama yang dijalankan pada 1931, bagi mengulas pertanyaan apakah risiko yang boleh dihadapi oleh si penerima rahim, Navdeep berkata, wanita tersebut meninggal dunia selepas tiga bulan menjalani operasi pembedahan.

 

"Dalam satu kes lain, penerima rahim telah menjalani dua pembedahan selepas rahim yang dipindahkan menghadapi pembekuan darah selepas 99 hari. Beberapa lagi kes lain tidak berjaya kerana berlakunya nekrosis selepas darah berhenti mengalir di dalam rahim," jelasnya.

 

Berkongsi pandangan dari sudut perubatan berhubung hal ini, Navdeep berkata, prosedur ini telah menimbulkan beberapa kebimbangan dari segi moral dan etika.

 

"Kerana prosedur sebegini boleh membahayakan nyawa wanita yang terlibat (penerima). Satu lagi faktor yang merisaukan ialah jika wanita itu mengandung. Kandungan tersebut berisiko tinggi dan memerlukan pemerhatian lebih intensif," katanya sambil memberitahu cara untuk wanita yang menjalani pemindahan rahim ini hamil adalah menerusi kaedah In-Vitro Fertilization (IVF) atau bayi tabung.

 

 

Derya Sert penerima rahim pertama

 

D

ERYA Sert, adalah wanita pertama berjaya menjalani pembedahan menerima rahim daripada penderma di sebuah hospital selatan Turki. Isteri muda berusia 22 tahun yang dilahirkan tanpa rahim itu disahkan telah hamil.

Sebelum itu, Derya Sert diberi rawatan kesuburan vitro (IVF) selepas menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia pada 2011.

 

Pembedahan pemindahan rahim pertama itu berjaya dilakukan oleh Dr Omer Ozkan di Hospital Universiti Akdeniz di Antalya, Turki pada 9 Ogos 2011.

 

Menurut laporan Reuters setakat ini, setiap seorang daripada 5,000 wanita dilahirkan tanpa rahim, manakala ribuan lagi terpaksa membuang rahim disebabkan kanser dan penyakit kronik lain.

 

Derma rahim sempurnakan wanita

 

S

istem peranakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari serta saluran peranakan. Ketiadaan atau berlaku masalah pada mana-mana bahagian ini, boleh memberi kesan kepada wanita yang ingin hamil.

 

Begitulah juga halnya dengan rahim. Rahim adalah anugerah ALLAH kepada setiap wanita sebagai satu anugerah fitrah untuk mengandung dan melahirkan anak. Namun,

 

ALLAH memberi juga ujian di mana seseorang wanita itu dilahirkan tanpa rahim atau dihadapkan dengan ujian mengalami masalah pada bahagian rahim sehingga menghalangnya untuk hamil.

 

Bertitik tolak daripada hal ini, timbul persoalan apakah rahim boleh didermakan? Operasi menderma rahim adakah dalam pengetahuan rakyat Malaysia?

 

Sekadar mahu melihat pengetahuan mengenai hal ini, Kami berkongsi persoalan serupa menerusi bancian dalam talian untuk melihat maklum balas daripada orang ramai.

 

Persoalan 'Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai menderma rahim (wanita)?' ternyata menerima respons 'tidak pernah' sebanyak 82 peratus atau 1893 undian daripada 2305 jumlah undian.

 

Memetik laporan Sinar Harian ruangan Global bertarikh 15 April lalu, di Istanbul seorang wanita berjaya menjalani pembedahan menerima rahim daripada penderma di sebuah hospital selatan Turki. Derya Sert berusia 22 tahun dilaporkan telah hamil sekali gus menjadikannya wanita pertama berjaya menjalani pembedahan menerima rahim.

 

Derya Sert dilahirkan tanpa rahim dan diberi rawatan kesuburan IVF selepas menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia pada 2011.

 

Sesungguhnya kurniaan rahim kepada wanita di atas muka bumi ini adalah anugerah paling indah. Tatkala dihadapkan dengan ujian ketiadaan atau bermasalah pada anugerah paling indah tersebut, ia tidak lain hanyalah bagi menunjukkan betapa kasih dan sayangnya ALLAH kepada hamba-Nya.

 

Segala ujian yang dihadapi adalah tanda kasih sayang-Nya bagi menguji kekuatan iman setiap hamba. Apabila berhadapan ujian janganlah lari daripada Pencipta, tetapi mendekatlah kerana rahmat ALLAH itu sentiasa hampir.

 

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ALLAH SWT berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku.

 

Jika ia mengingat-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam kelompok, Aku  akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya.

 

Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”. (Riwayat At-Tarmidzi)

 

 

Islam bolehkan derma rahim

 

P

EMINDAHAN rahim daripada seorang wanita kepada wanita lain yang memerlukan menerusi pendermaan organ adalah dibenarkan dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

 

Beliau berkata, walaupun ketiadaan organ peranakan itu tidak menjejaskan nyawa seseorang wanita, namun hukum menderma rahim bagi membantunya untuk mendapatkan zuriat adalah harus.

 

Bagaimanapun dengan syarat rahim itu daripada wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima organ tersebut pula merupakan wanita yang mempunyai masalah rahim.

 

Pemindahan rahim tersebut juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah ALLAH di dalam al-Quran,” katanya pada sesi soal jawab Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Perak.

 

Bagaimanapun Harussani berkata, pemindahan organ itu tertakluk kepada syarat yang digariskan mengikut Islam.

 

Beliau juga berkata, pendermaan organ sama ada kepada orang bukan Islam atau sebaliknya, adalah dibenarkan dan perkara itu tidak sepatutnya menimbulkan sebarang salah faham. -

 

 

Hanya rahim wanita mati boleh didermakan

 

H

ukum pemindahan organ telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 23 dan 24 Jun 1970," kata pendakwah, Ustaz Mohd Salahuddin Mohamad.

 

Menurutnya, pemindahan mata dan jantung orang yang telah mati kepada orang yang masih hidup adalah dibenarkan Islam.

 

"Bagaimanapun, kebenaran pemiliknya dan pertimbangan lain perlu diambil kira antaranya, ia dalam keadaan mendesak dan mustahak dan bahawa nyawa penerima bergantung kepada pemindahan anggota itu serta pemindahannya adalah difikirkan berjaya; bagi pemindahan jantung, kematian penderma hendaklah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya; tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan dan perdagangan anggota (tubuh); dan kebenaran hendaklah diperoleh daripada penderma sebelum pemindahan sebarang anggota bagi kematian biasa atau diperoleh daripada kekeluargaan bagi kematian akibat kemalangan," katanya.

 

Mengulas mengenai pemindahan rahim atau derma rahim, Mohd Salahuddin berkata, Islam tiada halangan tetapi operasi pemindahan tersebut hendaklah daripada wanita yang telah meninggal dunia kepada wanita yang masih hidup.

 

"Ini kerana Islam amat menitikberatkan soal nasab. Sekiranya si penderma masih hidup dan rahimnya didermakan kepada wanita lain ia akan menimbulkan kecelaruan terhadap nasab keturunan.

 

"Selain itu Islam amat menitik beratkan soal hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak semenjak di dalam kandungan (rahim) lagi di mana ikatan kasih sayang itu telah terjalan semenjak janin berada di dalam rahim ibunya," jelasnya.

 

Mohd Salahuddin berkata, antara hujah dan alasan yang mengharuskan rawatan dalam bentuk pemindahan organ adalah seperti yang telah dijelaskan dalam Surah Al-Baqarah 2:17 di mana ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

 

"Sesungguhnya ALLAH SWT hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai; darah; daging babi; dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana ALLAH, maka sesiapa yang terpaksa memakannya kerana darurat sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas kadar benda yang dimakan itu, makan tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Pengasih."

 

Mohd Salahuddin berkata, seorang pesakit memerlukan kepada pemindahan organ, sebenarnya berada dalam keadaan darurat, kerana hidupnya terancam oleh kematian seperti orang yang menghadapi penyakit kegagalan buah pinggang dan kerosakan hati.

 

"Keadaan darurat yang disebutkan di dalam ayat tersebut diharuskan menjalani pemindahan organ. Begitu juga dengan wanita yang menerima pemindahan rahim, iaitu di mana membantunya untuk mengandung seiring dengan fitrah wanita iaitu menjadi seorang ibu," katanya.

Selain itu tambahnya, kaedah fiqah juga menjelaskan, keadaan darurat mengharuskan yang haram iaitu apabila sesuatu perkara itu berada dalam keadaan kesempitan, ia akan mewujudkan keluasan.

 

"Selain itu, pemindahan organ dilakukan kerana keadaan darurat atau hajat yang mendesak yang mengambil tempat darurat; organ yang diderma tidak digunakan untuk menjatuhkan kemuliaan manusia; penderma hendaklah seorang yang sempurna keahliannya atau layak untuk menderma ketika proses dan operasi pemindahan organ dilakukan; dan penderma menderma organ secara sukarela," katanya.

 

Tegasnya, Islam tidak membenarkan sebarang jual beli di dalam operasi menderma organ termasuk rahim.

 

"Ini kerana semua anggota tubuh termasuk organ yang ada dalam tubuh setiap manusia adalah anugerah ALLAH kepada hamba-Nya dan ia adalah milik ALLAH. Oleh itu, manusia itu tiada hak menjualnya," tegasnya.

 


*Sumber dari Sinar Harian, 15 April 2013 / Bernama, 19 September 2012.

 

 

Unknown , Selasa, Mei 14, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog