2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Virus H7N9 boleh berubah

Washington, 30 April 2013 - Tiada bukti menunjukkan virus selesema burung yang boleh membawa maut iaitu H7N9 merebak dalam kalangan manusia di China.

 

Pada masa sama, pihak berkuasa kesihatan perlu bersedia jika virus terbabit berubah pada bila-bila masa, kata ahli virologi terkenal Amerika Syarikat.

 

Ketua Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit, Anthony Fauci, berkata pihak berkuasa di China mengkaji lebih 1,000 hubungan rapat kes yang disahkan H7N9 dan tidak menemui sebaran bukti jangkitan antara manusia dengan manusia.

 

Ini adalah bukti kukuh kerana jika anda mempunyai ribuan hubungan dengan seseorang yang dijangkiti selesema anda pasti yakin sesetengah mereka akan dijangkiti,” kata Fauci, memberi amaran bahawa pihak berkuasa perlu bersedia untuk kemungkinan virus bermutasi dan merebak di kalangan manusia.

 

Jangkiti manusia

 

Ia tidak dapat diramalkan kerana semuanya adalah influenza. Satu daripada perkara yang kita perlu bimbang ialah ia mungkin berupaya menjangkiti manusia yang sehingga kini tidak berlaku dan ia berita yang menggalakkan,” kata Fauci.

 

Kita masih perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.”

 

Penyelidik membangunkan satu ujian diagnostik untuk mengenal pasti H7N9 dan vaksin. Percubaan klinikal dijangka dilakukan pada Julai atau Ogos.

 

Kami sudah memulakan satu perkembangan awal vaksin seperti mana dilakukan dengan H5N1 bertahun dulu. Diharapkan kita tidak perlu menggunakannya,” kata Fauci.

 

Lebih 110 orang di tanah besar China disahkan dijangkiti H7N9 dengan 23 kematian sejak Beijing mengumumkan 31 Mac lalu bahawa virus berkenaan ditemui di kalangan manusia.

Ternakan punca virus

 

Kebanyakan kes dijangkiti di timur China walaupun Taiwan melaporkan satu kes. Kes lain ditemui di selatan China sambil pihak berkuasa China mengesahkan satu wabak lanjut di wilayah tengah, Hunan.

 

Pihak berkuasa China mengenal pasti ternakan sebagai punca virus dan mengesahkan pesakit jatuh sakit akibat bersentuhan dengan ternakan hidup yang dijangkiti.

 

Satu pasukan pelawat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengakhiri kunjungan seminggu ke China Rabu lalu memberi amaran H7N9 adalah ‘satu daripada virus influenza paling berbahaya’ pernah ditemui. - AFP

Unknown , Selasa, April 30, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog