2+4 hrs...Twogether Fourever

/

KEISTIMEWAAN DARAH ISTIHADHAH

B

erkenaan darah haid. Ia adalah darah yang keluar bagi seorang wanita disebabkan sistem pembiakannya. Selain darah haid, wanita juga mengalami darah nifas, iaitu darah yang keluar disebabkan proses melahirkan anak.

Selain darah haid dan nifas, dalam kes-kes tertentu wanita juga mengalami darah istihadhah. Darah istihadhah ialah darah penyakit. Ia keluar disebabkan kecederaan pada organ-organ dalaman atau saluran darah di bahagian abdomen seorang wanita.

Darah istihadhah dapat dikenali melalui warnanya yang merah dan kelikatan yang sederhana. Ia umpama darah yang keluar pada anggota badan ketika tercedera, seperti jari yang terluka ketika terkena pisau atau lutut yang cedera ketika bersukan. Ini berbeza dengan darah haid yang berwarna merah gelap dan agak pekat, dengan sering disertai bau yang kurang menyenangkan.

Sesiapa yang mengalami pendarahan istihadhah, hendaklah dia segera mendapat rawatan doktor pakar sakit puan. Sementara menunggu rawatan dan untuk pulih sepenuhnya, perlu diketahui hukum-hukum agama berkenaan darah istihadhah. Inilah yang akan saya kupas seterusnya.

Darah Istihadhah Adalah Suci

B

erbeza dengan darah haid dan nifas, darah istihadhah adalah suci hukumnya. Maka seorang wanita yang mengalami pendarahan istihadhah hendaklah tetap mendirikan solat lima waktu sehari dan berpuasa di bulan Ramadan. Ini dengan catatan puasa tersebut tidak memberi kesan negatif kepada darah istihadhah yang sedang dihadapi saat itu. Ini kerana Islam memberi kelonggaran kepada orang yang sakit daripada berpuasa dan darah istihadhah itu sendiri adalah darah penyakit, disebabkan penyakit tertentu dalam abdomen wanita terbabit.

Bagi yang mengehendakinya, isteri yang mengalami pendarahan istihadhah boleh juga melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Mengenali Darah Istihadhah

S

ekalipun telah diterangkan ciri-ciri darah istihadhah dari sudut warna, kelikatan dan baunya, hakikatnya tidaklah semudah itu. Kerap kali wanita yang mengalami pendarahan istihadhah mengalami kesukaran untuk membezakannya dengan darah haid. Suasana lebih diberatkan apabila darah istihadhah keluar bersama darah haid.

Jika dirujuk kepada sunnah Rasulullah, baginda telah memberikan beberapa petunjuk dalam persoalan ini. Para wanita pada zaman itu tidak segan-segan untuk bertanya kepada baginda apa-apa persoalan agama sekalipun sesuatu yang melibatkan bahagian sulit mereka.

Berdasarkan pertanyaan mereka dan jawapan Rasulullah, dapat dirumuskan empat kaedah bagi mengenali darah istihadhah dan membezakannya dengan darah haid.

Kaedah pertama:

Berdasarkan kitaran kebiasaannya

Setiap wanita memiliki kitaran haid yang khusus baginya. Ada yang lima hari, tujuh hari, sembilan hari dan demikianlah seterusnya. Jika seorang wanita lazimnya memiliki kitaran haid lima hari, maka pendarahan pada hari keenam dikira sebagai darah istihadhah. Kaedah pertama ini merujuk kepada tunjuk ajar Rasulullah kepada Umm Habibah: tinggalkanlah solat selama masa haidmu yang biasa kamu alami. Kemudian (seusai tempoh itu) mandilah. [Shahih Muslim, no: 505]

 

Kaedah kedua:

Berdasarkan ciri-ciri darah seperti warna, kelikatan dan bau

Seperti yang dinyatakan, darah haid berwarna merah gelap, agak pekat dan sering kali berbau kurang menyenangkan. Darah istihadhah pula berwarna merah, di pertengahan antara cair dan pekat serta tidak berbau.

Kaedah kedua ini merujuk kepada tunjuk ajar Rasulullah kepada Fathimah binti Abi Hubaish:apabila itu darah haid, maka ia berwarna gelap yang dapat dikenali (oleh anda). apabila darah itu ternyata demikian, maka tinggalkanlah solat. namun apabila darah itu lain (ciri-cirinya), maka berwuduklah dan kerjakanlah solat, kerana itu hanyalah darah penyakit. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 286]

 

Kaedah ketiga:

Dapat membezakan antara darah istihadhah dan darah haid, maka hendaklah dia mengira sejak mula pendarahan selama tujuh hari. Tujuh hari pertama tersebut adalah darah haid manakala hari kelapan dan seterusnya ialah darah istihadhah.

Kiraan seperti ini dilakukan pada setiap bulan sehinggalah sembuh dari darah istihadhah tersebut.

Kaedah ketiga ini merujuk kepada tunjuk ajar Rasulullah kepada Hamnah binti Jahsy: maka laluilah masa haid kamu selama enam atau tujuh hari, setelah itu mandilah. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 287]

 

Perlukah mandi dan wuduk?

W

anita yang mengalami darah istihadhah yang bercampur dengan darah haid, hendaklah dia mandi wajib setelah diyakini berdasarkan kaedah-kaedah di atas, tempoh haidnya sudah habis dan darah yang masih keluar ialah darah istihadhah.

Persoalan seterusnya, bagaimana wanita tersebut hendak solat jika mengalami darah istihadhah? Bukankah sesuatu yang keluar dari rongga kemaluan membatalkan wuduk dan tanpa wuduk seseorang itu tidak dapat solat?

Jawapannya, darah istihadhah ialah darah penyakit dan Islam memberikan kemudahan kepada orang yang mengalami penyakit.

Dalam kes ini, darah istihadhah yang keluar tidak membatalkan wuduk. Oleh itu anda boleh tetap solat seperti biasa.

Dalam beberapa hadis, disebutkan bahawa wanita yang mengalami pendarahan istihadhah hendaklah mandi atau berwuduk setiap kali hendak solat. Akan tetapi para ilmuwan Islam berbeza pendapat tentang kekuatan hadis-hadis terbabit. Selain itu, mereka juga memahami bahawa mandi atau wuduk setiap kali hendak solat adalah satu anjuran dan bukannya kewajipan.

Oleh itu bagi wanita yang mengalami darah istihadhah:

·         Jika belum ada wuduk, maka berwuduklah kemudian solat.

·         Jika sudah ada wuduk sejak awal, maka teruskan bersolat. Namun jika dia ingin memperbaharui wuduk sebelum solat, maka itu adalah lebih baik.

·         Jika memiliki kemudahan, adalah lebih utama untuk mandi dan wuduk sebelum setiap solat.

 

 

Cik NiNe Che Kadir , Rabu, Januari 30, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog