2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kajian :: Siswa & Politik Semasa

Malaysiakini paling dipercayai siswa, menurut kajian

Satu kajian oleh sekumpulan ahli akademik menyebut, siswa di dua buah universiti terkemuka negara memilih portal berita Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding media lain.

Kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu juga menunjukkan Malaysiakini merupakan portal berita dan paling kerap dilayari mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kajian berkenaan membanding kewibawaan Malaysiakini berbanding laman web politik dan blog lain di kalangan pembaca berkenaan.

Seramai 66.4 peratus dari kalangan 1,009 siswa di UM berpendapat demikian berbanding laman berita lain – The Malaysian Insider (30.6 peratus) dan laman milik Umno, Utusan Online (23.6 peratus).

Malaysiakini juga merupakan laman berita paling popular di kalangan siswa berkenaan (71.1 peratus) berbanding Utusan Online (24 peratus), The Malaysian Insider (21.2 peratus) dan laman berita milik MCA, MStar (19.7 peratus).

Trend sama juga dilihat di UKM – seramai 39.4 peratus daripada 1,006 siswa yang dikaji memilih Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding laman lain.

Utusan Online juga menjadi sumber kedua yang paling dipercayai di kalangan siswa UKM (31.5%), diikuti Mstar (19.4%) dan lidah parti PAS Harakahdaily (15 peratus).

Dari sudut populariti, lebih 50 peratus siswa berkenaan didapati sering melayari Malaysiakini, diikuti Utusan Online (hampir 40%), disusuli Harakahdaily dan Mstar (hampir 30%).

Selain laman berkenaan, mahasiswa di kedua-dua universiti menjadikan laman sosial Facebook dan Youtube sebagai media untuk mengakses maklumat politik.

"Berdasarkan kedudukan keutamaan, jenis media yang amat mempengaruhi pandangan politik responden adalah seperti berikut - Facebook, laman web, blog, akhbar bercetak, radio, TV dan Twitter.

"Bagi tujuan penggunaan internet/laman sosial, majoriti mahasiswa melayari media alternatif tersebut untuk mencari dan menyampaikan maklumat, memuat turun muzik dan filem dan untuk berhibur," kertas kajian dipetik.

Ia turut menyatakan, mahasiswa UM dan UKM itu mengakses internet dan media sosial selama 11 hingga 12 jam sehari.

Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali.



 

Kajian: Siswa UM, UKM lebih condong pada Pakatan

Satu tinjauan oleh sekumpulan ahli akademik di kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan lebih ramai siswa cenderung memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Jumlah berkenaan lebih besar daripada bilangan siswa yang memilih BN, walau majoriti daripadanya menujukkan sikap pengundi atas pagar, menurut kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu.

"Kuncinya (adalah) pengundi di atas pagar, kedua-dua parti sama ada BN atau Pakatan, mereka boleh mencari kemenangan (selesa) dengan mencari pengundi atas pagar luar pagar di kampus (ini)," kata Pengerusi YES, Datuk Mohd Radzi Abd Latif.

Beliau juga percaya sikap pengundi di kampus di Lembah Kelang itu boleh mempengaruhi pola pengundian pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, golongan berkenaan akan pulang ke kampung dan menyebarkan maklumat dan membincangkan isu politik bersama warga kawasan masing-masing.

Kedua-dua kampus berkenaan merupakan kubu kuat kumpulan siswa pro-Mahasiswa dan menjadi tumpuan utama pemerhati dalam siri pilihan raya kampus yang lalu.

Kajian sikap ke atas 1,009 orang siswa UM itu menunjukkan, seramai 18.6 peratus daripada responden tersebut memilih Pakatan untuk kerusi parlimen, berbanding 8.7 peratus yang memilih BN.

Sebahagian besarnya, seramai 72.6 peratus memberi jawapan tidak pasti.

Di UKM pula sebanyak 30.1 peratus daripada 1,006 responden memilih Pakatan di peringkat parlimen, manakala 29.8 peratus menyokong BN, sementara 40.1 peratus menjawab tidak pasti.

Bagi peringkat DUN pula, seramai 22.4 peratus mahasiswa UM memilih calon Pakatan berbanding 8.7 peratus yang memilih BN, dan selebihnya tidak pasti.

Trend sama juga dilihat di kalangan pelajar UKM – seramai 31.6 peratus memilih Pakatan manakala 27.1 akan menyokong BN untuk kerusi DUN tersebut.

Majoriti daripada mahasiswa di kedua-dua universiti ini turut menjangkakan bahawa BN akan kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum tersebut.

Seramai 63 peratus daripada mahasiswa UM menjangkakan kemenangan BN, berbanding 37 peratus yang mahu melihat kemenangan Pakatan.

Di UKM, seramai 54.6 peratus daripadanya menjangkakan kemenangan BN, berbanding 45.4 peratus yang lain.

Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali.



 

Kajian: Siswa kata Najib lebih popular berbanding Anwar

Satu tinjauan oleh sekumpulan ahli akademik di kalangan mahasiswa di tiga universiti awam menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih popular berbanding ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Tinjauan berkenaan mendapati Najib popular di kalangan 67.4 peratus siswa, berbanding Anwar (52.2 peratus), presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (33.1 peratus) dan Lim Kit Siang (15 peratus).

Tinjauan ke atas 3,015 responden dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu dijalankan oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) antara 9 hingga 12 Disember tahun lepas.

Hasil kajian tersebut dibentang oleh Prof Emeritus Datuk Dr Sulaiman Md Yassin sewaktu membentangkan kajian maklumbalas daripada 1,000 mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kajian seterusnya, masing-masing di UM dan UKM, hanya menyebut prestasi kepimpinan Najib tetapi tidak membandingkannya dengan pemimpin lain.

Di UM, seramai 41.4 peratus daripada 1,009 siswa menyatakan prestasi kepimpinan Najib baik, manakala 40.9 peratus menyatakan sederhana dan selebihnya menyatakan lemah.

Sementara di UKM pula, 75.1 peratus daripada 1,006 siswa lagi menyatakan prestasi kepimpinan perdana menteri baik dan 15.2 peratus menyatakan sederhana.

Selain itu, taburan responden juga dibahagikan mengikut negeri masing-masing.

Data yang digariskan dalam kajian itu menonjolkan populariti Najib di kalangan siswa dari negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, dan dua negeri yang dianggap kubu kuat BN.

Populariti Najib mencapai 60.8 peratus di kalangan siswa Kelantan dan seterusnya Pulau Pinang (55 peratus), Kedah (68.3 peratus), Selangor (54 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak (61.6 peratus).

Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa itu juga menunjukkan antara ciri perdana menteri yang dikehendaki mereka adalah kemampuan mentadbir negara, keadilan dan kesaksamaan, bersih dan bebas dari sebarang isu, menepati janji, kebolehupayaan dan mendampingi rakyat.

 

Unknown , Khamis, Januari 31, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog