/

Wanita Malaysia berkerjaya, mudah ditipu di internet

KUALA LUMPUR, 29 November 2012 - Hubungan keluarga yang renggang, mementingkan kerjaya serta mahu diberi perhatian menjadi antara faktor utama wanita di negara ini mudah terjebak dalam penipuan internet yang melibatkan kerugian RM50 juta pada 2011.

  

Anggota Majlis Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhatian serius perlu diberikan terhadap bahaya kes penipuan dalam internet terhadap wanita dan masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara itu.

 

Justeru, beliau mencadangkan supaya badan bukan kerajaan mengambil inisiatif dengan menubuhkan kaunter perkhidmatan aduan awam sekiranya berlaku kes penipuan tersebut.

  

"Gadis zaman sekarang tidak rapat dengan keluarga atau golongan yang lebih tua untuk membincangkan masalah dan pentingkan kerjaya jadi mereka lebih suka mencari jalan penyelesaian sendiri dan ini adalah punca berlakunya jenayah ini," katanya kepada Bernama.

Menurut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, seramai 1,436 wanita tempatan terjerat dengan pujukan warga Afrika yang mengakibatkan kerugian RM87.6 juta dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Ia meningkat daripada 514 pada 2010 menjadi 671 pada 2011 dengan kerugian mencapai RM20 juta pada 2010, RM50 juta (2011) dan  RM17.6 juta bagi lima bulan pertama tahun ini.

  

Sepanjang Januari hingga Mei tahun ini, 417 wanita tempatan menjadi mangsa kes penipuan melalui laman sosial kemudian memujuk mangsa supaya mengirimkan wang.

  

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata penipuan internet bukan hanya melibatkan wang namun melibatkan hati dan perasaan kerana golongan wanita berusia 40-an, yang belum berumahtangga serta janda merupakan mangsa yang paling ramai.

  

"Mereka kebanyakannya mempunyai kewangan yang stabil namun kurang menerima perhatian, jika mereka mendapat rakan siber khususnya lelaki yang mengambil berat serta memberi perhatian maka mereka dengan mudahnya akan percaya setiap kata-kata lelaki tersebut," katanya.

  

Seorang broker insurans yang ingin dikenali sebagai Lim , 47, pernah menerima kejutan yang teruk apabila ditipu lebih RM1 juta oleh seorang lelaki Kanada melalui laman sesawang www.match.com pada September tahun lepas. 

  

Lelaki yang dikenali sebagai Kevin Axcel Brown atau Joe berusia 48 tahun mendakwa bekerja sebagai jurutera kimia di Petronas cawangan Terengganu.

  

"Saya telah menyerahkan sebanyak RM1,021,000 kepada Joe tanpa bertemu muka dengannya. Dia mengalami masalah kewangan dan meminta tolong. Dia menceritakan banyak masalah peribadi dan saya berasa simpati," katanya.     

   

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Rina, 38, merupakan seorang janda dan memiliki sebuah perniagaan mengalami kerugian RM135,800 kerana ditipu rakan sembang MySpace.

  

Presiden Persatuan Ekonomi, Pengguna dan Keluarga Malaysia (MCAFEA) Dr Jariah Masud pula berpendapat wanita yang selalunya terjebak dengan masalah ini adalah mereka yang tidak banyak bergaul, selalu membuat keputusan sendiri dan tidak mendapatkan nasihat orang lain dalam membuat keputusan.

   

"Mereka ini mudah menerima apa sahaja yang disampaikan oleh orang yang tidak mereka kenali tanpa usul periksa malah tidak memikirkan implikasi serta tidak berfikir panjang, lebih mudah dipengaruhi dengan pujukan emosi.

  

"Ada di kalangan mereka yang terjebak ini mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi tidak memiliki kehidupan yang baik serta kurangnya kemahiran kehidupan," katanya.  - Bernama

Rokiah Mad Dom , Khamis, November 29, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog