2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Penyakit pekerjaan semakin meningkat

SENAI, 29 November 2012 - Penyakit pekerjaan membabitkan isu ergonomik di negara ini terutamanya berkaitan Musculoskeletal Disorders (MSDs, penyakit berkaitan otot, tulang dan sistem saraf) didapati mencatatkan peningkatan mendadak setiap tahun sejak 2006.

 

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sebanyak 14 kes membabitkan MSDs dicatat pada tahun 2006 dan angka berkenaan  meningkat kepada 268 kes tahun lalu.

 

Berdasarkan kajian oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kes-kes penyakit MSDs terus meningkat setiap tahun.

 

Ini turut menyebabkan angka pampasan yang dibayar semakin tinggi berbanding kes penyakit lain.

 

Misalnya 161 kes MSDs direkodkan pada tahun 2009 dan terus meningkat kepada 238 kes pada tahun berikutnya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Ergonomics: Good Productivity and Sustainability di sini, kelmarin.

Lam Thye berkata, sehingga November ini sebanyak 194 kes MSDs direkodkan bagi tahun 2012 dan masalah ini dapat dikurangkan sekiranya pendedahan dan pengaplikasian prinsip ergonomik diamalkan di tempat kerja.

 

Sehubungan itu katanya, pihak Niosh turut menyarankan kerajaan menyerapkan prinsip ergonomik dalam sistem pendidikan negara agar pendedahan awal dapat diberikan kepada masyarakat.

 

Sebagai contoh, United Kingdom telah pun memperkenalkan prinsip ergonomik kepada pelajar dan guru sekolah melalui aplikasi laman web yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan.

 

Ini merupakan salah satu pendekatan baik untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan ergonomik dan saya turut berharap perkara ini dapat diamalkan di Malaysia,” katanya.

 

Dalam pada itu katanya, Niosh turut bekerja sama dengan pihak sekolah melalui projek anak angkat sebagai salah satu usaha memperluaskan budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).

Unknown , Khamis, November 29, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog