2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kim Kardashian paling banyak dicari

LOS ANGELES, 28 Nov. 2012 - Kim Kardashian mengungguli senarai personaliti paling banyak dicari pada tahun 2012 melalui enjin pencarian Bing semalam dengan mengalahkan penyanyi pop sensasi, Justin Bieber yang mendapat tempat kedua.

 

Kardashian, personaliti realiti televisyen Keeping Up With The Kardashians, merebut kembali kedudukan tempat pertama daripada Bieber selepas dia mengatasi senarai tahunan pada tahun 2010 dan Bieber pula muncul pada tempat pertama tahun lalu.

Personaliti yang berusia 32 tahun itu mula terkenal pada tahun 2007 selepas tersebar video seksnya di Internet, tetapi dia cekap mengguna rangkaian sosial untuk memperkenalkan jenamanya sendiri termasuk produk diet, kosmetik dan juga rekaan fesyen.

 

Bieber, 18, muncul di tempat kedua selepas mencapai kejayaan menerusi Anugerah Muzik Amerika dengan penghasilan album ketiga yang berjudul Believe yang dilancarkan Jun lalu.

 

Selebriti lain yang pertama kali berada di kedudukan sepuluh tempat terbaik termasuklah penyanyi Rihanna, Selena Gomez, Nicki Minaj and Taylor Swift.

 

Manakala Jennifer Lopez, Britney Spears, Megan Fox dan Lady Gaga pula terkeluar daripada sepuluh tempat terbaik.

 

Antara berita-berita menarik paling popular dalam enjin pencarian itu termasuklah pelancaran Apple iPhone 5 yang muncul di tempat pertama diikuti dengan Pilihan Raya Amerika Syarikat, manakala di tempat ketiga pula ialah Sukan Olimpik dan juga malapetaka taufan Sandy.

 

Rancangan realiti televisyen Here Comes Honey Boo Boo pula muncul di tempat kelima dan diikuti pula dengan 'Gaya Tarian Gangnam,' yang dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy.

 

Berita kelahiran anak Beyonce dan Jay Z turut menjadi berita paling popular dalam senarai diikuti dengan kelahiran anak Jessica Simpson serta berita kematian Whitney Houstan. - Agensi

 

Unknown , Khamis, November 29, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog