2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Puji anak yang nakal

Dari Abdullah bin Mas'ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati." (HR Tirmizi)
 
" KAJIAN KES HAFIZ, LIMA TAHUN SELALU MEMBULI ADIKNYA DENGAN KATA MAKIAN DAN HERDIKAN. PERBUATAN ITU DISEDARI OLEH SALINA YANG MERASAKAN IA KURANG WAJAR BAGI KANAK-KANAK SEUSIANYA. SETELAH DISELIDIK, BARULAH DIA MENYEDARI BAHAWA SUAMINYA SENTIASA MENGHERDIK KAKI TANGANNYA MENERUSI TELEFON. WALAUPUN IA HANYA DIDENGARI BUKAN DILIHAT SECARA LANGSUNG, TERNYATA IMAGINASI KANAKKANAK CEPAT MENIRU APA SAHAJA YANG DILAKUKAN OLEH IBU BAPA MEREKA. "
 
Ada kalanya kita menegur anak bukan kerana ingin membetulkan kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram. Sepatutnya kita cuba belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan mendidik, anak semakin nakal. Anak-anak banyak belajar daripada ibu bapanya. Mereka juga belajar marah untuk menunjukkan kelakuannya.
 
Kita akui, banyak pengaruh luar yang mengubah perilaku mereka. Teman sebaya khususnya sangat akrab dengan anak yang boleh mempengaruhinya sama ada cara bercakap, bertindak, meluahkan kemarahan dan perkataan yang diucapkan.

Sering berlaku anak-anak tidak memahami dan mengetahui maksud perkataan yang diucapkan kerana mereka hanya meniru. Namun sebagai ibu bapa, anda haruslah menangani dengan sebaik-baiknya bukan memukul mereka kerana puncanya daripada anda sendiri. Antaranya ialah :-
 
  1. Perlu diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa. Jadi, jika mereka berkata perkataan yang tidak senonoh, siasatlah terlebih dahulu sebelum menghukum mereka kerana anak-anak hanya bertindak melakukannya tanpa memikirkan kesannya.
  2. Justeru, perkara yang biasa dilihat itulah yang mereka ikut dan seterusnya membentuk keperibadian anak-anak.
  3. Daya imaginasi anak sangatlah tinggi. Mereka ibarat sedang bermain dengan permainan dan keinginan yang tinggi itulah mendorong mereka bertindak.
  4. Tidak semua tindakan itu diistilahkan sebagai kenakalan. Kalaulah kenakalan itu adalah kesalahan yang biasa cubalah atasi dengan senyuman.
  5. Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Kalau boleh dengan kucupan kenapa dengan dengan cubitan?
  6. Menunjukkan kasih sayang dalam menegur kesalahan menyebabkan anak lebih terbuka. Anak yang melakukan kesalahan belum memahami erti kesalahan sebenar.
  7. Paling penting anak-anak hanya inginkan perhatian daripada ibu bapa. Mereka lebih bahagia jika ibu bapa menunjukkan penuh kasih sayang contohnya dengan memeluk, mengusap kepala atau sekadar berbicara dengan lemah lembut.
Rokiah Mad Dom , Rabu, Oktober 31, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog