/

Kanser Kepala Dan Leher Serang Lelaki Pertengahan Usia

Apabila membicarakan mengenai kanser yang dihidapi golongan lelaki, mereka lebih sinonim dengan kanser prostat mahupun paru-paru. Tanpa disedari kanser yang kurang popular, iaitu kanser kepala dan leher turut menjadikan lelaki sebagai kelompok sasaran utamanya. Secara globalnya, kanser ini antara tiga jenis kanser yang paling banyak dihidapi oleh lelaki pertengahan usia dan ia menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.
 
Kanser kepala dan leher merujuk kepada satu kumpulan kanser di bahagian bawah otak hingga ke bahagian esofagus. Ia merangkumi bibir, rongga mulut, rongga hidung, sinus, tekak, peti suara dan salur pemakanan. Sebanyak 90 peratus daripada kanser ini merupakan sel squamous carcinoma yang berasal daripada lapisan mukosal (epitelium) di kawasan tersebut. Biasanya ia akan merebak ke kawasan nodus limfa pada leher dan ini merupakan tanda-tanda yang biasa dapat dilihat ketika diagnosis.
 
Pertumbuhan sel tidak normal yang mengambil masa lama untuk berkembang biak itu disebabkan faktor luar kawalan seperti genetik, usia dan jantina manakala faktor penyumbang ialah gabungan tabiat gaya hidup seperti pemakanan, merokok, minuman beralkohol dan minum arak.

Simptom
 
Kanser di bahagian tekak biasanya bermula dengan simptom biasa seperti pembesaran nodus limfa di luar bahagian leher, sakit tekak atau perubahan suara. Namun jika ia berkaitan dengan kanser, keadaan ini kelihatan lebih kronik.
 
Ia mungkin dapat dilihat dengan jelas melalui benjolan atau kesakitan di bahagian tekak, leher yang tidak sembuh untuk tempoh yang lama. Pertuturan turut terjejas dan pesakit mungkin mengalami sakit di bahagian telinga. Lazimnya kanser di bahagian kepala dan leher mudah dikesan. Sebagai contoh, kanser di dalam hidung. Pesakit akan menyedari kelainan dan dapat merasa ada ketumbuhan, bengkak dan keluar darah di bahagian yang terbabit. Ada kalanya ketumbuhan tersebut akan keluar daripada hidung, begitu juga di bahagian-bahagian lain. Manakala bagi kanser lidah dan mulut pula, ia biasanya ditunjukkan melalui ulser pada mulut yang luar biasa.
 
Ulser adalah masalah biasa setiap individu dan ia akan pulih dengan sendirinya selepas beberapa hari. Namun dalam kes ini, ulser terlalu lama melebihi dua minggu dan ia semakin membesar sehingga berdarah memberi petanda bahawa ia bukan sesuatu yang biasa. Seandainya kanser itu terdapat di bahagian tekak pula, pesakit biasanya mengalami kesukaran menelan dan kadangkala ia membengkak di bahagian leher.
 
Begitu juga dengan kanser peti suara, di mana pesakit mengalami kelainan pada suara melebihi dua minggu sehingga kadangkala boleh menyebabkan suara hilang. Pesakit juga akan bernafas lebih kuat dan seandainya di peringkat serius, ia boleh menyebabkan pendarahan. Kanser di bahagian tersebut saling berkait antara satu sama lain. Ada pesakit yang mengalami kanser pada hidung dan kemudian ia merebak ke bahagian leher dan ada yang bermula dari leher ke hidung. Selepas itu ia merebak pula ke paru-paru, hati dan seterusnya ke tulang.
 
Rawatan
 
Pesakit yang bertemu doktor akan menjalani ujian endoskop terlebih dahulu pada bahagian yang dijangkiti. Jika terdapat tisu yang tidak normal, mereka akan disarankan menjalani saringan resonan magnetik (MRI) dan CT scan. Seandainya disahkan menghidap kanser, mereka akan diberi cadangan rawatan mengikut peringkat yang bersesuaian. Terdapat beberapa jenis rawatan yang perlu dijalani pesakit bergantung kepada peringkat yang mereka alami. Ada pesakit yang hanya memerlukan pembedahan sahaja. Ada pula yang memerlukan radioterapi sahaja dan ada pula yang perlukan pembedahan diikuti dengan radioterapi. Terdapat juga pesakit yang memerlukan pakej rawatan lengkap iaitu pembedahan diikuti kemoterapi dan radioterapi.
 
Pada tahap satu dan dua, kadar kejayaan rawatan untuk menyembuhkan penyakit ini ialah 80 peratus manakala pada tahap empat kadar kejayaan sebanyak 10 peratus. Ini kerana bagi pesakit kronik yang sudah berada pada tahap empat di mana sel kanser sudah merebak ke seluruh tubuh badan, maka mereka diberi rawatan paliatif yang menyokong pesakit.
 
Namun bagi pesakit yang dipercayai mempunyai harapan untuk sembuh, mereka akan dibedah bagi membuang kawasan yang dijangkiti. Biasanya kes-kes melibatkan kanser kepala dan leher memerlukan pemerhatian daripada pakar bedah kanser kepala dan leher, pakar bedah plastik rekonstruktif, pakar telinga, hidung dan tekak, pakar onkologi, pakar bedah mulut dan juga pakar terapi pertuturan.
Unknown , Rabu, Oktober 31, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog