2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Doktor sasaran cinta pesakit

London : Kemunculan laman web sosial seperti Facebook selain emel dan mesej teks menjadikan doktor sebagai sasaran gangguan pesakit yang jatuh cinta dengan mereka.
 
Kesatuan Pertahanan Perubatan (MDU) berkata, bilangan pesakit yang memujuk rayu doktor meningkat satu pertiga kerana teknologi komunikasi memudahkan perhubungan.
 
Walaupun banyak godaan berjaya ditepis, kes paling buruk menyaksikan polis terpaksa dipanggil dan injuksi dikeluarkan untuk mengelak doktor diganggu atau diintip.
 
Malah, sebahagian doktor dituduh secara salah oleh pesakit yang mahu mengadakan hubungan dengan mereka, menjadikan mereka berisiko diserang.

Jurucakap MDU, Dr Claire Macaulay, yang menyediakan nasihat undang-undang dan insurans kepada doktor, memberitahu akhbar Daily Mail: Aliran pesakit cuba menggoda doktor bukan perkara baru. Namun dulu pesakit cenderung menulis untuk tujuan itu tetapi kini mereka menggunakan cara digital.
 
Anggota kami melaporkan mereka menerima banyak mesej menerusi telefon bimbit atau emel, Twitter atau Facebook, dan dalam sesetengah cara, lebih mengganggu daripada menerima lambakan surat.
 
Seorang pesakit wanita menghantar surat, hadiah dan permohonan rakan Facebook kepada doktornya. Beliau diberitahu caranya itu tidak sesuai dan dirujuk kepada doktor lain.
 
Bagaimanapun, beliau memberitahu Amalan Perubatan Umum beliau melakukan hubungan seks dengan doktor berkenaan. Doktor terbabit dibebaskan daripada sebarang salah laku selepas enam bulan disiasat.
 
Antara tahun 2002 dan 2006, MDU menerima 73 permintaan untuk membantu doktor menangani godaan, perangkaan yang meningkat kepada 100 untuk tempoh 2007 hingga 2011.
 
Daripada 100 kes, 72 membabitkan doktor biasa, manakala yang lain membabitkan pakar psikiatri dan pakar sakit puan. Hampir tiga perempat doktor yang digoda adalah lelaki. - Agensi
Unknown , Selasa, Oktober 30, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog