/

Tingkatkan ilmu keibubapaan agar mudah fahami emosi, minda anak

AJAR anak akidah, amalan dan akhlak yang baik dan sampaikan dengan cara yang betul.
 
Penekanan dan pendekatan ini dipaparkan dalam Al-Quran menerusi nasihat Luqman Al-Hakim di dalam surah Luqman. Luqman memulakan pesanannya dengan perkara pokok mengenai akidah, iaitu jangan sekali-kali menyekutukan Allah.
 
Kita perlu memastikan bahawa anak kita bukan sahaja mengetahui adanya Tuhan malah memahami keperluan kita kepada Allah. Ajarkan kepada mereka bahawa walaupun kita harus bergantung kepada manusia lain untuk mencapai sesuatu, Allah jua yang akhirnya menentukan bahawa kita akan mencapai impian kita.
 
Oleh itu, mereka tidak harus lupa meletakkan harapan kepada Allah swt, menjadikan Allah sebagai tumpuan segala hajat, dan tidak ada Tuhan lain mahupun makhluk yang mempunyai kuasa yang setanding dengan Allah.
 
Ini diikuti dengan pesanan Luqman kepada anaknya supaya mendirikan solat serta mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini merupakan aspek amalan di dalam pesanan tersebut.
 
Ini perlu ditekankan dan dibudayakan sejak kecil. Contohnya, membiasakan mereka dengan konsep menabung, berbelanja dan menderma dengan meletakkan sebahagian wang sumbangan mereka di dalam tabung kebajikan, atau membiasakan mereka melakukan kerja sukarela. Biasakanlah anak-anak kita membantu saudara-mara atau jiran yang kurang upaya dan memerlukan.
 
Pentarbiyahan ini perlu diselang seli dengan galakan, pujian dan sokongan. Contoh baik daripada kededua ibu bapa perlu diwujudkan. Anak-anak tidak akan dapat menghayati amalan kebaikan jika mereka tidak menyaksikan ibu dan bapa mereka melakukannya bersama.
 
Dari segi pendekatan, Luqman mendekatkan diri pada anaknya dengan menzahirkan kasih sayang. Ketika memberi nasihat, beliau memanggil anaknya dengan nama manja - bunayya (bermaksud anak kesayanganku) - yang membuat anaknya berasa suka dan terpanggil untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan.

Pilihan bahasa dan panggilan memainkan peranan penting dalam berkomunikasi.
 
Di samping itu, pilihlah masa yang terbaik, terutama ketika anak-anak kita tidak kepenatan atau kelaparan seperti baru pulang dari sekolah dan sebagainya.
 
Dalam memberikan pandangan dan nasihat, kita juga boleh memanggil dan menyeru dengan nama mereka yang indah ataupun gelaran yang mereka gemari. Nama menjadi satu doa jika disebut berulang-ulang kali. Jika kita bijak memilih masa yang sesuai dalam memberi nasihat, menyampaikan dengan tegas tetapi tidak dalam nada yang terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah, sedikit sebanyak mesejnya akan meresap dalam diri mereka.
 
Kaedah yang digunakan oleh Luqman bersesuaian dengan kata-kata Sayidina Ali bin Abi Talib ra: "Dan berbicaralah dengan manusia sesuai dengan kadar yang mereka fahami."
 
Dalam menyampaikan nasihat kepada anak-anak, pastikan bahasa yang kita gunakan boleh mereka fahami dan boleh mereka terima.
 
Seringkali kita mempunyai nasihat penting yang ingin dikongsi, tetapi kerana kurang memahami cara yang sesuai di dalam penyampaian, mesej itu tidak dapat dihayati dengan begitu berkesan.
 
Ilmu komunikasi yang berkesan penting bagi memastikan kita dapat membimbing dan mendampingi anak-anak kita, baik sewaktu peperiksaan, semasa mereka meningkat remaja mahupun dalam setiap langkah dalam kehidupan mereka.
 
Mari pertingkat ilmu keibubapaan, agar kita dapat mendampingi, memahami emosi dan minda anak-anak kita.
Cik NiNe Che Kadir , Rabu, September 05, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog