KISAH-KISAH dalam Al-Quran padat dengan pengajaran bagi menguatkan hati, memantapkan jiwa dan mengentalkan semangat.
Kisah jatuh dan bangun sesuatu kaum atau umat menjadi pengajaran, memberi inspirasi dan motivasi dan harus menambah kekuatan minda, jiwa dan kerohanian kita.
Satu daripada kisah itu ialah mengenai Thalut - seorang pemuda biasa di kalangan mereka yang dilantik pemimpin Bani Israel - setelah peninggalan Nabi Musa as.
Antara sebab Thalut dilantik ialah kerana keluasan ilmu pengetahuannya. Ini merupakan peringatan daripada Allah swt bahawa seorang pemimpin (baik pemimpin keluarga, masyarakat mahupun persatuan) perlu mempunyai pengetahuan, visi dan misi yang jelas, bijaksana dalam menentukan keutamaan dalam sesuatu perkara dan kemahiran berkomunikasi.
Pengetahuan di sini juga meliputi penerapan akhlak dan keperibadian terpuji yang mampu menjadi ikutan dan dicontohi oleh orang yang dipimpin. Kombinasi inilah yang akan melahirkan pemimpin yang amanah, adil dan cekap serta ikhlas dalam memimpin.
Setiap daripada kita adalah pemimpin, sama ada di rumah, tempat kerja, sekolah mahupun persatuan. Kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di atas segala kepimpinan kita. Oleh itu, jika diberi kepercayaan dan amanah memimpin sesebuah persatuan atau dalam tugasan sebagai ibu bapa, kita perlu mempunyai kemahiran kepimpinan.
Kita juga perlu meningkatkan diri dari masa ke masa dengan ilmu pengetahuan terkini dalam menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
Seorang pemimpin juga perlu memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan fizikal yang terbaik bagi menjana akal fikiran yang sentiasa produktif. Dengan ketajaman fikiran, seorang pemimpin dapat menghasilkan idea terbaik dalam membangun kehidupan lebih bermakna dan bermanfaat.
Ingatlah bahawa Allah yang memberi kita kuasa dan Allah boleh menarik balik segala keistimewaan yang diberinya kepada kita.
Di samping itu, berdoa agar sentiasa diberikan kekuatan mengingati dan beramal kepada-Nya, seperti yang diajarkan Baginda saw kepada sahabatnya, Mua'zh Bin Jabal ra: "Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku menjadi orang yang selalu berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah dengan baik."
Pemimpin yang adil akan mendapat perlindungan Allah pada hari di mana tiada perlindungan kecuali dari perlindungan dari Allah jua.
Pemimpin dan orang yang dipimpin mestilah mempunyai ilmu sesuai dengan tanggungjawab masing-masing, bersatu hati, berpadu tenaga dalam mendaulatkan ajaran-ajaran Allah dengan sebaik-baiknya dan dengan penuh hikmah.
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "