2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kiamat :: Usah Percaya Dengan '2012'

Kaitan antara filem '2012', kaum Maya dan kiamat
 
APAKAH kaitan antara filem 2012, kaum Maya di pinggir Mexico dan tanda-tanda hari Kiamat? Apa jawapan Islam terhadap paparan mengenainya?
 
Soalan ini adalah antara soalan yang diajukan kepada seorang ilmuwan Malaysia, Dr Danial Zainal Abidin, dalam satu sesi soal jawab di Masjid Darul Ghufran baru-baru ini.
 
Ruangan 'Ciptaan-Nya' pula membincangkan tentang usaha manusia menggunakan peralatan sains dan teknologi untuk mempertingkat prestasi diri dan mutu dalam pelbagai aspek kehidupan.
 
Khutbah minggu ini pula mengetengahkan tentang Thalut - satu daripada pelbagai kisah dalam Al-Quran yang menjadi pengajaran bagi menguatkan hati, memantapkan jiwa dan mengentalkan semangat para hamba-Nya.
 

SOALAN (S): Apakah kita juga perlu tahu agama lain di keliling kita?
 
JAWAPAN (J): Ia bergantung pada keperluan. Tidak semua orang harus melakukannya. Saya tidak galakkan orang terus mengkaji agama lain. Yang paling utama ialah memahami Islam dahulu. Mantapkan fardu ain - tentang akidah (tauhid), fikah dan tasauf (kejiwaan). Mengkaji agama lain atau kitab lain bukan fardu ain.
 
Bagi yang sudah mantap dan melangkah 'I' keempat iaitu islah (bermaksud sebarkan - tiga 'I' yang lain ialah ilmu, iman dan ihsan) merangkumi golongan sasaran Muslim dan bukan Muslim, ketika itu mereka perlu mengkaji agama lain.
 
Di Pulau Pinang, ada 'Islamic Propagation Society International' yang menerangkan tentang Islam kepada para pengunjung yang mengunjungi Masjid Kapitan Keling.
 
Dalam penerangan itu, berlaku dialog. Dalam memberi jawapan, kekadang perbandingan agama tidak dapat dielakkan. Ketika itu pengetahuan tentang agama lain penting, seperti perbezaan antara Bible dengan Injil, dan proses pembukuan Bible dan Al-Quran tidak sama.
 
Jangan terus mengkaji agama lain tanpa mentor dan jika pegangan Islamnya belum teguh.
 
Ia serupa dalam proses menjadi doktor. Pelajar perlu faham asas dalam dua tahun pertama sebelum membincangkan lebih lanjut tentang kesihatan dan bab lebih luas berkaitan tubuh pada tahun-tahun berikutnya. Maksudnya, fahami yang asas dan wajib dahulu.
 
S: Dalam fikah ada banyak mazhab. Adakah mazhab membawa perpecahan?
 
J: Tiada salahnya mengikut mazhab. Yang salah ialah apabila taksub (ikut secara membuta tuli) pada mazhab. Mazhab itu adalah pandangan ulama tentang hukum-hakam yang bersandarkan nas.
 
Yusuf Qaradhawi, dalam kitabnya, Al-Ijtihad fil Assyariati Islamiyah, menyebut tentang ada orang yang tersasar kerana tidak mampu menilai tetapi cuba menilai.
 
Beliau menambah, perbezaan pendapat dalam mazhab bukan disebabKan perbezaan nas, tetapi disebabkan senario atau keadaan dalam menginterpretasikan nas itu.
 
Hal ini sudah berlaku pada zaman Nabi lagi.
 
Dalam satu riwayat, Nabi memerintah sekumpulan sahabat mendatangi bani Quraizah kerana khianat dalam peperangan (jadi musuh dalam selimut).
 
Nabi berpesan supaya kumpulan itu tidak solat Asar melainkan di tempat tujuan (tempat bani Quraizah).
 
Namun, dalam perjalanan sudah masuk waktu asar. Sahabat berselisih. Segolongan mahu solat kerana takut terlepas waktu, segolongan lagi keberatan kerana mematuhi arahan Nabi dan berhujah bahawa ini adalah pengecualian.
 
Apabila mereka merujuk kepada Nabi tentang hal itu kemudian, Nabi diam. Dari segi syariat, diamnya Nabi menjadi hukum - kededua-dua boleh diterima.
 
Perselisihan dalam mazhab (yang muktabar -- iaitu yang sah dan diiktiraf) adalah biasa. Perselisihan pada ranting tidak apa. Tetapi kita tidak boleh ikut aliran yang jelas tidak betul.
 
Pendeknya, tidak salah ikut mazhab. Yang salah ialah taksub pada mazhab (anggap diri sendiri sahaja betul dan orang lain salah).
 
Namun, selain ikut, fahami juga dalil yang digunakan dalam mazhab.
 
Kita boleh juga ambil iktibar daripada Imam Syafii ketika berkunjung ke Iraq (masyarakat bermazhab Hanafi).
 
Ketika diminta mengimamkan solat subuh, beliau tidak membaca qunut dan tidak bersujud sahwi kerana menghormati tempat Imam Abu Hanifah. Itulah akhlak Islam.
 
S: Apa pandangan ustaz tentang tasauf?
 
J: Tasauf adalah fardu ain.
 
Akidah (ilmu tauhid) adalah tentang ketuhanan; fikah tentang hukum-hakam dan tasauf adalah ilmu tentang jiwa (mengenai akhlak dan budi pekerti) yang membicarakan soal seperti ikhlas, amanah, sabar, syukur dan bertimbang rasa serta mengelak diri daripada riyak, sombong dan sebagainya.
 
Ilmu akhlak amat penting. Nabi diutus untuk menyempurnakan akhlak.
 
Akhlak mulia ialah tingkah laku yang lahir daripada hati.
 
Orang yang berkata lain di bibir dan lain di hati adalah munafik.
 
Pekerti yang baik adalah manifestasi daripada hati yang baik. Maka itu, orang politik kena hati-hati kerana akhlaknya boleh merupakan satu lakonan sahaja.
 
Akhlak yang terbit daripada hati itulah tasauf. Hukumnya fardu ain.
 
Imam Junaid Al-Baghdadi berkata: "Adapun tasauf kami (amalan tasauf) adalah tasauf yang terbit daripada Al-Quran dan sunah". Ertinya, tasauf mesti berlandaskan Al-Quran dan sunah.
 
S: Boleh ustaz jelaskan tanda-tanda kiamat?
 
J: Ada banyak tanda - besar dan kecil.
 
Ada sebahagian orang percaya bahawa kiamat akan berlaku pada 21.12.2012 - seperti yang digambarkan filem bertajuk 2012.
 
Daripada mana asalnya kiraan ini?
 
Ia adalah pengakhiran kalendar kaum Maya yang hidup 3,000 tahun sebelum datang Nabi Isa - kira-kira 5,000 tahun lalu.
 
Kaum ini, yang tinggal di pinggir Mexico, dikatakan ahli dalam ilmu hisab dan menghasilkan dua kalendar - jangka pendek dan jangka panjang.
 
Kalendar jangka panjangnya, menurut penyelidik, akan berakhir pada 21.12 2012. Maka itu kononnya, dunia akan berakhir pada tarikh tersebut.
 
Kita tidak beriman (percaya) pada itu semua.
 
Kita jawab berpandukan Al-Quran. Rujuk surah Al-A'raf: 187 yang menyatakan: "Mereka bertanya kepadamu tentang kiamat "bilakah terjadinya". Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"
 
Kalau Nabi sendiri tidak tahu, apakah kaum Maya lebih tahu?
 
Saya menunggu ketibaan tarikh 21.12.2012 untuk membuktikan bahawa tanggapan orang Barat itu silap dan kosong.
 
Orang Barat juga mahu hidupkan agama baru yang dinamakan Scientologi. Mereka percaya era manusia sudah tamat. Era itu akan diganti oleh makhluk asing dari angkasa lepas. Mereka juga percaya bahawa kaum Maya dan Firaun merupakan makhluk asing.
 
Bagi kita, jelas bahawa ilmu adalah daripada Allah menerusi para rasul.
 
Tentang kiamat, terdapat tanda kecil dan tanda besar.
 
Antara tanda kecil ialah bumi Arab yang gersang ditumbuhi tumbuhan-tumbuhan dan mengalir air sungai. Contohnya sudah kelihatan. Padang Arafah dan Dubai, yang asalnya gersang dan kering kontang, kini menghijau (sejajar dengan hadis Nabi.
 
Dan ada 10 tanda besar kiamat, termasuk matahari terbit dari barat, turunnya Nabi Isa dan keluarnya dajjal.
 
S: Apakah orang bukan Islam yang buat baik akan masuk neraka?
 
J: Ada soalan serupa ditanya kepada seorang pemimpin agama yang telah masuk Islam. Beliau menjawab bahawa jika hendak menginap di hotel mewah dengan segala kemudahan, kena bayar menurut harganya. Dalam Islam, harga itu ialah iman dan amal soleh.
 
S: Apa pandangan ustaz tentang kemalangan misteri di Segi Tiga Bermuda?
 
J: Menurut satu program di saluran Discovery, tarikan magnetik di kawasan itu lebih tinggi daripada di tempat lain.
 
Bumi asalnya tiada besi. Satu ledakan di angkasa membuat sumber besi jatuh ke bumi, mungkin sebahagian besar jatuh di kawasan tersebut. Besi menghasilkan kesan sembrani (magnetik). Mungkin itu sebabnya banyak dilaporkan kapal dan kapal terbang hilang di kawasan tersebut.
 
S: Bagaimana membentuk diri supaya sentiasa fokus dan terarah?
 
J: Allah tidak membiarkan hamba-Nya meraba tercari-cari. Al-Quran adalah peta mukjizat. Kita haruslah lihat Al-Quran sebagai anugerah Allah, lambang kasih sayang Allah.
 
Maka itu, kuasailah ilmu yang didasarkan pada Al-Quran dan sunah. Ayat pertama, iqraq, merupakan seruan mencari pelbagai jenis ilmu.
 
Solat dan ibadah membentuk personaliti.
 
Surah Al-Ankabut: 45 menyatakan: "Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al-Kitab (Al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
 
Dengan menegakkan solat, kita akan terelak daripada kemungkaran dan kekejian - tidak buat zina, mencuri, mencaci, pecah amanah, berbohong, memfitnah dan sebagai.
 
Cara galak anak ialah dengan banyak bercerita, menerangkan dan melakukan bersama-sama membaca Al-Quran, mendirikan solat dan menimba ilmu sehingga dia selesa melakukan sendiri.
 
Solat yang dapat mencegah kemungkaran ialah solat yang khusyuk (fokus) dan dilakukan mengikut adabnya.
Cik NiNe Che Kadir , Rabu, September 05, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog