2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Haramkan loket bertenaga skalar

Mohamed Idris menunjukkan loket bertenaga skalar yang boleh memberi kesan buruk kepada si pemakai.

 
GEORGETOWN, 6 September 2012 - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.
 
Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.
 
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.
 
"LPTA melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.
 
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian yang selamat," katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini semalam.
 
Mohamed Idris berkata, pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.
 
Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.
 
Menurutnya,keputusan pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.
 
Pengharaman sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009.
 
Oleh Wartawan Sinar Harian
Unknown , Khamis, September 06, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog