2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Gambar iPad mini didedah

Laman web Apple.pro mendedahkan gambar pertama iPad mini bersaiz lapan inci, dipercayai akan dilancarkan bulan depan.

 
SAN FRANCISCO, 5 Sept. - Laman web peminat Apple, Apple.pro semalam buat pertama kali mendedahkan gambar komputer tablet iPad mini yang dipercayai bakal dilancarkan bulan depan.
 
Apple terkenal dengan sikap suka berahsia menjelang pelancaran baru produknya, namun sumber industri, pembekal dan rakan kongsi syarikat mengesahkan bahawa gajet itu akan berada di pasaran pada musim luruh ini.
 
Gajet baru tersebut dipercayai mempunyai skrin lapan inci, menjadikannya versi komputer tablet yang sedikit kecil daripada iPad 10 inci.
 
Ia juga akan membolehkan Apple mempunyai produk mudah alih yang berbeza dengan model sebelum ini, sekali gus menjadi 'senjata' yang mampu memberi saingan kepada Google yang tampil dengan komputer tablet Nexus berukuran tujuh inci.
 
Apple.pro turut melaporkan bahawa gajet terbaru itu merupakan model yang dilengkapi rangkaian mudah alih 3G yang membolehkan pengguna mengakses data di mana sahaja.
 
Walaupun pengasas Apple, Steve Jobs sebelum ini menolak idea untuk mengeluarkan iPad bersaiz lebih kecil, kejayaan Nexus dan Amazon menerusi Kindle Fire mungkin mengubah tanggapan Apple terhadap gajet berkenaan.
 
Apple juga dipercayai akan mengumumkan pelancaran iPhone 5 pada bulan ini, walaupun tarikhnya masih tidak dapat disahkan. – Agensi
Unknown , Khamis, September 06, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog