KUALA LUMPUR, 5 September 2012 - Malaysia telah mengekalkan kedudukan kedua di kalangan negara-negara Asean dalam Laporan Daya Saing Global 2012-2013.
Laporan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), berpangkalan di Geneva, Switzerland, meletakkan negara di tempat kelapan di antara 22 negara Asia Pasifik mendahului China, India dan lain-lain negara Asean kecuali Singapura, dan meletakkannya di antara 20 peratus teratas negara-negara paling berdaya saing di peringkat dunia.
Laporan itu disampaikan kepada media di sini hari ini oleh pengarah kanan daya saing global Malaysia Productivity Corp, Lee Saw Hoon.
"Peningkatan ini diberikan kerana keluaran dalam negara kasar negara telah meningkat kepada AS$9,700 daripada AS$8,423 sebelum ini," kata Saw Hoon.
Laporan itu berkata sungguhpun telah mengekalkan markahnya iaitu 5.1, ia telah turun empat anak tangga kepada tempat ke-25 daripada 144 negara yang dikaji, daripada tempat ke-21 daripada 142 negara pada 2011-2012.
"Di wilayah di mana banyak negara mengalami masalah ketiadaan ketelusan dan banyak birokrasi, Malaysia muncul sebagai negara yang berjaya menangani kedua-dua perkara ini," katanya.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata laporan itu meletakkan Malaysia di antara 10 negara teratas di kalangan 144 negara yang dikaji dalam banyak bidang, termasuk indeks hak undang-undang (tempat pertama), gaji dan produktiviti (ketiga), perkhidmatan kerajaan untuk peningkatan prestasi perniagaan (keempat) dan kekukuhan perlindungan pelabur (keempat).
Malaysia juga mendapat tempat yang tinggi dalam peraturan kerajaan dan kemudahan untuk mendapat pinjaman (kelapan); pembiayaan menerusi pasaran ekuiti tempatan (kesembilan); dan kesan perniagaan pelaburan terus asing, serya keberkesanan rangka kerja undang-undang dalam mencabar peraturan (ke-10).
"Usaha berterusan akan diambil untuk mengenalpasti ruang untuk penambahbaikan dan mengambil inisiatif untuk memastikan perkembangan yang lancar ke arah ekonomi berpendapatan tinggi yang didorong oleh inovasi," kata Mustapa. - Bernama
Khamis, September 06, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
,
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5
Anda sedang membaca artikel tentang Daya saing: Malaysia No. 2 di Asean, jatuh peringkat global silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "