/

800,000 rakyat M'sia kurang upaya intelektual

Seramai 800,000 penduduk daripada 28 juta populasi negara ini merupakan golongan kurang upaya intelektual, kata Presiden Special Olympics Malaysia (SOM), Datuk Muhammad Feisol Hassan.
 
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak tiga peratus daripada populasi penduduk dunia mengalami masalah kurang upaya intelektual dan Sarawak mempunyai 75,000 golongan kurang upaya intelektual.
 
Beliau berucap di majlis perasmian Kelab Olimpik Khas di sekolah dan sambutan perayaan Hari Olimpik Khas Sibu di Sibu hari ini.
 
Muhammad Feisol berkata golongan kurang upaya dikategori kepada kurang upaya fizikal iaitu mempunyai kecacatan atau kekurangan bahagian anggota badan.
 
Manakala golongan kurang upaya intelektual pula merupakan mereka yang mempunyai tahap IQ yang di bawah tahap IQ pemikiran orang biasa.
 
"Keistimewaan golongan kurang upaya intelektual ini ialah mereka jujur dan tidak berbohong kerana sifat mereka yang bercakap secara terus terang," katanya.
 
Namun, beliau berasa kesal dengan sikap segelintir ibu bapa yang menyembunyikan anak-anak mereka yang mengalami kurang upaya intelektual daripada masyarakat luar kerana malu berhadapan dengan masyarakat.
 
"Ibu bapa seharusnya memberi sokongan kepada anak-anak mereka kerana golongan ini berhak diberi peluang pendidikan dan menunjukkan keupayaan mereka dalam pelbagai bidang.
 
Jelasnya lagi, "Bring the chidren out of the shadow into the sunshine" di mana ibu bapa harus mengikis sifat malu mereka untuk membawa anak-anak istimewa keluar daripada kehidupan terkurung dalam rumah.
 
"Melalui Olimpik khas ini, golongan kurang upaya intelektual ini akan didedahkan kepada cara kehidupan sebenar dan mempelajari kemahiran baru yang dapat membantu mereka menjadi insan yang lebih baik serta diterima oleh semua masyarakat.
 
Beliau memberi contoh kelas khas yang diaplikasikan dalam bentuk sukan lebih mudah dipelajari dan dihayati oleh pelajar istimewa ini seperti pengiraan nombor angka diterjemahkan dalam sukan. - Bernama
Adam Merah , Isnin, September 24, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog