2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Solat Tarawih rawat mati pucuk

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 10 Ogos 2012
 
Sekarang kita berada pada malam 10 terakhir Ramadan. Sejak zaman budak-budak, kita selalu diperingatkan bahawa antara malam-malam terakhir bulan ini, ada malam Lailatul Qadr. Orang kita sebut malam tujuh likur. Ustaz-ustaz juga selalu peringatkan, ibadah pada malam-malam terakhir Ramadan ini harus dilipatgandakan.
 
"Moga-moga kita akan dapat malam Lailatul Qadr," kata mereka. Eloklah diperingatkan begitu, sebab sebagaimana yang kita sedia tahu, sekarang masjid dan surau sudah tidak sesendat minggu pertama puasa dahulu. Saya masih ingat pada minggu pertama Tarawih tahun lepas, saya pernah berkejar dari surau ke masjid oleh kerana surau yang hampir dengan rumah saya sudah terlalu sendat.
 
Tetapi apabila masuk minggu kedua, lebih-lebih lagi ketiga dan keempat, gajah pun muat kalau hendak dibawa masuk. Walaupun ada orang mungkin akan mempertikaikan, saya mahu ulang siar laporan kajian seorang profesor di Universiti Malaya mengenai hikmah solat yang bukan sahaja boleh menguatkan lagi kerohanian seseorang malahan juga boleh membantu lelaki menguatkan tenaga batin.
 
Dalam laporan itu, pakar bioperubatan, Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim mendedahkan daripada kajiannya bagaimana lelaki yang mengalami masalah 'mati pucuk' atau disfungsi erektil boleh memperbaiki keadaan mereka dengan melakukan solat 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam, sebanyak tiga kali dalam seminggu.
 
Menurut Dr Fatimah, ujian yang beliau jalankan terhadap dua lelaki bermasalah selepas sebulan mereka menjalani terapi itu menunjukkan mereka berjaya meningkatkan tahap ketegangan daripada kadar biasa. Ini sudah tentu menjadi berita baik bagi ramai lelaki.
 
Umum mengetahui bahawa masalah mati pucuk yang dimulai dengan gejala lemah tenaga batin amat menggerunkan bagi lelaki. Paling menakutkan apabila statistik menunjukkan 3.5 juta lelaki di Malaysia kini berhadapan dengan masalah itu, malahan 15 peratus adalah daripada mereka yang bermasalah adalah dalam lingkungan usia yang sepatutnya 'sangat perkasa' iaitu antara 25 hingga 34 tahun.
 
Seramai 23 peratus daripada lelaki-lelaki malang tersebut pula termasuk dalam kategori 'perlu bersara awal daripada perkhidmatan' kerana gagal memenuhi KPI iaitu tidak berupaya mengekalkan ereksi sehingga ke puncak hubungan intim.
 
Seorang kawan lelaki yang bermasalah pernah mengungkapkan kata-kata yang amat syahdu bunyinya: "Daripada mati pucuk, lebih baik mati yang sebenar-benarnya." Itulah petunjuk ketakutan lelaki hari ini pada satu gejala yang boleh memerangkap mereka dalam 'neraka' dunia.

Lelaki yang mati pucuk menganggap diri mereka hilang segala-galanya. Satu lelucon popular menyebut, lelaki melalui beberapa tahap dalam kehidupan mereka iaitu, tahap pertama, mereka mempunyai 'bayangan hidup' (bayang-bayang sahaja, boleh 'hidup'); tahap yang kedua, 'pandangan hidup' (pandangpandang sahaja, boleh hidup); tahap ketiga, 'pegangan hidup' (perlu dipegang, baru hidup); tahap keempat 'permainan hidup' (fikirlah sendiri) dan tahap yang terakhir, 'perjuangan hidup' adalah yang paling bermasalah.
 
Bagi kategori ini, mereka yang berkenaan perlu berjuang untuk 'hidup' dan inilah situasinya menghampiri tahap 'mati pucuk'.
 
Walau apa pun, kajian oleh Profesor Madya Dr Fatimah ini adalah berita yang sangat baik, dan masih memberi harapan kepada lelaki-lelaki yang berada dalam kelompok 'perjuangan hidup' ini.
 
Bagaimanapun satu perkara yang perlu diperingatkan ialah perbetulkan niat supaya anda lebih tenteram dari segi psikologi dalam menempuh situasi ini.
 
Solat bukan semata-mata eksesais jasmani untuk membetulkan urat-urat yang tersimpul tetapi lebih utama daripada itu, jalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
 
Dan ingatlah, Dialah yang akan menentukan segala-galanya. Jangan terus bergundah gulana, berusahalah dan banyakkan berdoa. Jom ke masjid!
Cik NiNe Che Kadir , Jumaat, Ogos 10, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog