2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Topeng cas telefon bimbit

 
Contoh topeng AIRE dan seorang model menggunakan topeng tersebut semasa tidur (gambar atas).
 
LONDON, 12 Mac - Topeng muka yang sebelum ini digunakan untuk menapis udara tercemar kini mampu mengecas telefon bimbit.
 
Seorang pencipta, Joco Paulo Lammoglia berjaya mencipta sejenis peralatan pintar dengan mengubah udara yang terhasil daripada paru-paru manusia kepada tenaga, sekali gus memberi manfaat kepada pengguna telefon bimbit yang sebelum ini bergantung kepada tenaga elektrik.
 
Gajet yang diberi nama topeng AIRE itu, sebenarnya mengandungi turbin angin kecil, dan tenaga yang terhasil daripadanya dipindahkan melalui kabel ke peralatan elektronik pengguna.
 
Menurut pencipta yang berasal dari Rio de Janeiro, Brazil itu, topeng AIRE boleh digunakan dalam sebarang situasi sama ada semasa berlari mahu pun tidur.
 
''Ia boleh digunakan untuk aktiviti di dalam, mahu pun di luar sama ada ketika kita tidur, berjalan, berlari hatta membaca buku sekali pun.
 
''Selain menjimatkan tenaga, ia mampu membantu memelihara alam sekitar dan menggalakkan aktiviti bersenam.
 
''Tenaga yang terhasil daripada alat itu juga boleh didapati setiap 24 jam dan tujuh hari seminggu,''katanya.
 
Lammoglia berkata, walaupun kebanyakan gajet moden pada masa ini menawarkan banyak kemudahan kepada pengguna, namun ia masih terlalu bergantung kepada penggunaan tenaga elektrik yang banyak.
 
''Justeru, dengan memanfaatkan tenaga yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti manusia dan menukarnya kepada tenaga elektrik adalah tidak mustahil, maka, ia merupakan penyelesaian yang baik (daripada terlalu bergantung kepada tenaga elektrik),'' katanya. - Agensi
Marjaki Rawo , Jumaat, April 27, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog