2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Galas beg berisiko alami sakit belakang

NEW YORK - Remaja sekolah yang menggalas beg dengan berat melebihi antara 10 dan 15 peratus daripada berat badan mereka berisiko mengalami sakit belakang dan masalah berkaitan, menurut satu kajian terkini.
 
Penyelidik berkata, keadaan itu bertambah buruk seandainya remaja terbabit tidak melakukan senaman secukupnya.
 
Kajian tersebut dilakukan terhadap lebih 1,400 pelajar berusia antara 12 dan 17 tahun, di 11 buah sekolah, di sebuah wilayah barat laut Sepanyol.
 
Penyelidik turut mengumpul maklumat seperti ketinggian pelajar, kekerapan melakukan senaman, masalah kesihatan lain dan juga sejarah kesakitan di bahagian belakang badan.
 
"Kebanyakan beg belakang memiliki berat kira-kira tujuh kilogram dan hampir 62 peratus pelajar membawa beg belakang dengan berat melebihi 10 peratus daripada berat badan mereka, manakala 18 peratus lagi membawa beg belakang dengan berat melebihi 15 peratus daripada berat badan mereka," kata penyelidik.
 
Satu daripada empat pelajar menyatakan bahawa mereka pernah mengalami sakit belakang lebih daripada 15 hari.
 
Masalah yang biasa dialami termasuk scoliosis atau tulang belakang melengkung, yang diagnosis di kalangan 70 peratus pelajar dengan mengalami kesakitan belakang.
 
Masalah sakit tulang belakang bahagian bawah serta kontraksi otot berterusan juga dilaporkan sering berlaku.
 
Daripada kajian, remaja perempuan didapati lebih mengalami sakit belakang berbanding remaja lelaki dan risiko mereka kelihatan meningkat sejajar dengan peningkatan usia.
 
Kajian itu turut mendapati remaja dengan beg belakang yang berat didapati 50 peratus lebih kerap mengalami kesakitan melebihi 15 hari, berbanding dengan mereka yang membawa beg lebih ringan. – AGENSI
Marjaki Rawo , Jumaat, April 27, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog