2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Punca dan rawatan penyakit


PENYAKIT kayap berpunca daripada virus cacar air atau chicken pox dikenali sebagai Varicella zoster.

Selepas seseorang dijangkiti virus cacar air, virus itu akan berada terus di dalam tubuh pesakit dalam keadaan tidak aktif.

Tetapi ia boleh aktif semula akibat rangsangan seperti stres atau sistem ketahanan tubuh pesakit menjadi lemah.

Apabila virus ini aktif semula dan keluar daripada keadaannya yang tidak aktif itu, maka pada ketika itulah pesakit akan berasa sakit, gatal dan timbul ruam-ruam yang menggelembung dan berair.

Perlu diingat juga bahawa seperti cacar air, penyakit kayap boleh berjangkit.

Ia boleh berjangkit sebagai penyakit cacar air bagi mereka yang belum pernah menghidap cacar air. Namun, bagi mereka yang pernah menghidap cacar air, mereka tidak akan menghidap kayap.

Bagaimanapun, ada orang yang mengalami komplikasi kayap disebut Post Herpetic Neuralgia (PHN) yang menjejas saraf pesakit.

Komplikasi ini disebabkan oleh kerosakan pada saraf yang telah diserang virus cacar air itu sehingga menyebabkan rasa sakit yang berbisa - berbeza daripada rasa sakit akibat retak rulang, luka atau terseliuh.

Ubat pelega sakit seperti Panadol dan ubat daripada jenis antiinflamasi dan bukan steroid disebut Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), malah morfin pun tidak mujarab bagi pesakit PHN
Rasa sakitnya amat berbisa dan boleh berterusan sehingga beberapa hari atau minggu. Ada pesakit yang berasa amat sakit hingga mereka tidak mahu memakai baju kerana badan mereka akan berasa sakit.

RAWATAN

Oleh kerana ubat antiinflamasi tidak mujarab, maka ubat anti-neuropathic didapati diperlukan pesakit, menurut para doktor.

Ubat ini berfungsi memantapkan saraf pesakit dan mengurangkan rasa sakit pada saraf yang terjejas dan sudah dirosakkan oleh virus itu.

Pesakit diberikan satu bahan anestesia untuk ditampal di bahagian yang berasa sakit itu. Ini akan membuat pesakit berasa kebas dalam masa beberapa minit. Jika digunakan dengan ubat anti-neuropathic tadi, kesan kebasnya lebih panjang.

Ada juga pesakit yang diberikan suntikan laser untuk membakar dan membuat saraf yang terjejas tidak sensitif pada rasa sakit.

Apa pun, menurut para doktor, rawatan awal memberi peluang kepada pesakit sembuh lebih cepat, berbanding mereka yang tidak mendapat rawatan, katakanlah sehingga lebih dua tahun.

Jika demikian, keadaan mereka sukar dipulihkan.
Muhammad Ttuyup , Khamis, September 29, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog