2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Perkahwinan mula bermasalah bila...

Alam perkahwinan yang bahagia adalah impian setiap pasangan. Malah kalau boleh sehingga ke akhir hayat. Namun bukan semua bernasib baik. Ada yang berdepan dengan masalah rumah tangga di pertengahan jalan. Puncanya mungkin dari isteri dan tidak terkecuali dari suami juga. Boleh jadi juga kerana faktor di bawah ini:
BosanSesekali berasa bosan mungkin biasa tetapi kalau sentiasa berasa demikian, ada sesuatu masalah tentang perkahwinan anda. Seharusnya anda berfikiran positif, cari hobi baru, pergi melancong dan perbaiki hubungan seks dengan pasangan. Insya-Allah, perasaan bosan akan hilang.
Masalah kewanganAda pasangan suami isteri bercerai-berai kerana soal duit. Perbincangan semakin panas, bila lelaki khususnya sentiasa memberi alasan tiada wang sedangkan mereka keluar bekerja setiap hari. Bila masalah wang mula timbul, rancang dengan betul perbelanjaan dan jangan membazir pada perkara tidak perlu.
Suasana dalam rumah yang tidak ceriaSesuatu yang statik adalah sangat membosankan. Ia mungkin berpunca dari sikap anda, suasana dalam rumah, susun atur perabot, warna cat dan sebagainya. Ciptalah sedikit kelainan baik dari segi sikap anda atau pun suasana rumah anda. Insya- Allah, hubungan akan kembali ceria.
Soal ipar-duaiIni antara masalah yang sering timbul. Lebih serius lagi jika anda tinggal beramai-ramai dalam satu rumah. Sikap tentunya tidak sama, anda mungkin tidak 'sekepala' dengan mereka hingga mudah tercetus konflik.
Tiada anakPerkara ini sering membuatkan hati wanita berasa sangat walang. Bagi mereka, tidak boleh mengandung sekali gus melahirkan anak adalah satu kelemahan diri dan ia membuka ruang kepada suami untuk menceraikan dirinya atau berkahwin lain. Anak adalah rezeki Allah, maka teruskan berusaha bagi pasangan yang belum memperolehnya. Paling tidak, jalan terakhir adalah mengambil anak angkat.
Prinsip keluarga yang berbezaBerkahwin bermakna anda perlu mengenali ramai orang baru dalam hidup anda. Ahli keluarga baru mungkin berbeza prinsip dengan diri anda dan ia mungkin menjadi punca perbalahan.
Apa yang harus anda lakukan? Bila dua kepala, tidak bermakna anda tidak boleh bersatu hati. Beralah adalah satu cara terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga anda.
Tidak bersedia punya anakAda sesetengah wanita memegang prinsip tidak mahu punya anak di awal perkahwinan. Mungkin mereka memikirkan pekerjaan, bentuk tubuh, tidak punya masa untuk bersosial dan sebagainya.
Tapi suami mereka mungkin punya pendirian berbeza. Ia boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. Apa yang harus dilakukan bila terjadi hal ini? Berbincanglah dari hati ke hati.
Mengikut kepala sendiriPerkahwinan adalah penyatuan dua jiwa. Ia adalah satu hubungan jangka panjang di mana segala-galanya perlu dikongsi berdua. Tiada lagi sebarang rahsia baik di pihak suami mahu pun isteri.
Namun perkahwinan akan bermasalah jika anda menyimpan seribu rahsia dengan pasangan. Akan timbul rasa curiga dan ketidakpercayaan antara satu sama lain. Tindakan terbaik ialah bercerita sejujurnya, berkongsi suka dan duka bersama-sama kerana itulah resipi kebahagiaan.
Tiada tanggungjawabMemasuki alam rumah tangga bermakna banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Jika gagal melaksanakannya maka rumah tangga tentunya akan berantakan. Malah banyak kes perceraian berpunca daripada perkara ini. Jika anda termasuk dalam masalah ini maka ubahlah sikap menjadi pasangan yang lebih bertanggungjawab demi keutuhan rumah tangga.
Soal seksSeks yang terlalu kerap, terlalu kurang, statik dan sebagainya akan menimbulkan masalah tidak puas hati antara suami isteri. Langkah terbaik dalam menangani masalah seks ini dengan bersikap terbuka dan saling berkomunikasi.
Rokiah Mad Dom , Jumaat, September 16, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog