/

Anak Gaddafi yang didakwa ditawan muncul

MASIH BEBAS: Encik Seif al-Islam, anak lelaki dan waris Encik Muammar Gaddafi, melambai-lambai ke arah penyokongnya di Tripoli, Libya, semalam, dan menemui wartawan asing bersama konvoinya, selepas beliau pada awalnya dilaporkan telah ditangkap oleh pihak pemberontak.

Seif al-Islam temui wartawan asing yang menginap di hotel
TRIPOLI : Anak lelaki dan waris pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, muncul semalam, menimbulkan tanda tanya terhadap dakwaan pihak pemberontak bahawa mereka telah menangkapnya kelmarin, sambil menekankan bahawa rejim bapanya masih menguasai Tripoli dan akan menghancurkan pihak pemberontak.


Kemunculan Seif al-Islam di sebuah hotel di Tripoli, yang menempatkan para wartawan asing, menyebabkan kebingungan di ibu kota Libya itu, sehari selepas para pemberontak memasuki Tripoli dengan mudah dan mencetuskan kegembiraan di kalangan para penyokongnya setelah mendakwa bahawa mereka telah dapat menguasai bandar itu.

Ia juga memberikan peluang bagi Gaddafi, yang masih belum diketahui kedudukannya, melakukan tindak balas walaupun cengkaman kuasa beliau semakin tergelincir.

Para pemberontak berkata mereka telah menguasai sebahagian besar Tripoli tetapi menghadapi beberapa tentangan sengit daripada askar-askar yang taat kepada rejim Gaddafi.

Jurucakap pemberontak, Mohammed Abdel-Rahman, yang berada di Tripoli, berkata 'bahaya masih ada' selagi pemimpin yang telah memerintah Libya selama 42 tahun itu masih dapat melarikan diri.

Beliau memberi amaran bahawa briged-briged pro-Gaddafi masih berada di kawasan pinggiran Tripoli dan boleh 'berada di tengah-tengah bandar itu dalam masa setengah jam'.

Pihak kepimpinan pemberontak kelihatan terkejut bahawaSeif al-Islam sudah bebas.

Jurucakapnya, Sadeq al-Kabir, tidak mempunyai penjelasan baginya dan hanya dapat mengatakan 'semua ini mungkin pembohongan'.

Beliau enggan mengesahkan sama ada Seif al-Islam melarikan diri daripada tahanan tetapi berkata bahawa seorang lagi anak lelaki Gaddafi yang ditangkap, Mohammed, berjaya melarikan diri daripada tahanan dalam rumahnya.

Kelmarin, pihak pemberontak berkata Seif al-Islam telah ditangkap, tetapi tidak memberi butiran di mana beliau ditahan.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda, yang mendakwa Seif al-Islam dan bapanya melakukan jenayah kemanusiaan, mengesahkan penangkapannya.

Pihak mahkamah tidak segera menjawab panggilan untuk mengulas hal itu pagi semalam.

Seif al-Islam muncul pagi semalam dan menemui kira-kira 30 wartawan asing yang menginap di Hotel Rixos, di Tripoli. Beliau berikrar untuk menyerang 'tempat-tempat terpanas Tripoli.'


Sementara itu, tentera Libya yang taat kepada pemimpin rejimnya itu melancarkan tiga misil Scud ke arah Misrata dalam pertempuran kelmarin, kata seorang jurucakap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Brussels, semalam, sambil menambah 'kami belum menemui kerosakan atau mangsa'. - AP, AFP.
Unknown , Rabu, Ogos 24, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog