/

Tanggapan negatif Barat-Islam masih berleluasa

WASHINGTON : Tanggapan berkaitan hubungan Islam-Barat kini lebih positif di Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman dan Russia berbanding lima tahun lalu.

Namun, tinjauan Pusat Kajian Pew mendapati tanggapan negatif di antara negara Barat dengan Islam masih berleluasa.

Pusat Kajian Pew dilancarkan pada 2001 dengan tujuan memahami isu pertembungan agama dan ehwal awam.

Tinjauan terbaru ini dijalankan di antara lewat Mac dan pertengahan Mei lalu.

Hasil tinjauan itu antara lain mendapati majoriti penduduk Islam di wilayah Palestin dan di lima daripada enam negara Islam yang ditinjau, menyifatkan penduduk bukan Islam di negara Barat sebagai pentingkan diri sendiri dan tamak.

Di kesemua enam negara Barat yang ditinjau, kurang daripada 30 peratus daripada penduduk bukan Islam akur penganut Islam menghormati kaum wanita.

Kurang separuh daripada penduduk Islam di lima negara Islam yang ditinjau pula berkata penduduk Barat menghormati kaum wanita.

Selang 10 tahun selepas serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat, penduduk Islam di Timur Tengah dan Asia serta penduduk bukan Islam di Eropah masing-masing masih melahirkan kebimbangan berkaitan pelampau Islam.

Majoriti penduduk Islam yang diwawancara di negara-negara Islam berkata hubungan dengan penduduk bukan Islam di negara Barat kini buruk.

Namun, para penduduk negara Barat percaya hubungan itu lebih baik berbanding lima tahun lalu.

Menurut John Esposito, pengasas Pusat Putera Alwaleed Bin Talal bagi Pemahaman Islam-Kristian, di Universiti Georgetown, Washington, pandangan negatif di kalangan penduduk Dunia Islam mencerminkan kekecewaan mereka terhadap janji Presiden Barack Obama, akan memperbaiki hubungan Islam-Amerika semasa berucap di Kahirah tahun lalu.

'Mereka tidak dapat melihat perbezaan pendirian di antara pentadbiran Obama dengan (mantan Presiden Amerika George W.) Bush,' kata Esposito.

Kajian Pew turut mendapati penduduk Sepanyol mempunyai tanggapan paling negatif terhadap penduduk Islam, berbanding negara Eropah lain.

Hanya sepertiga daripada responden yang diwawancara di Sepanyol mempunyai tanggapan positif terhadap golongan Muslim, dengan lebih separuh daripada mereka melahirkan tanggapan negatif. - AP.

Unknown , Khamis, Julai 28, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog