/

KKM Arah Minuman Kolagen Dicemari Bahan Kimia Ditarik Balik

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan syarikat Leton Products (M) Sdn Bhd menarik balik produk Lennox Firm-Up Collagen Drink kerana disyaki dicemari bahan kimia.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan KKM terhadap kilang syarikat itu mendapati pencemaran dalam produk itu berpunca daripada bahan mentah yang digunakan sebagai ramuan, iaitu pati anggur keluaran syarikat CZC Bubble Tea Supplier dari Taiwan.

Syarikat itu turut membekalkan sirap strawberi yang juga diarah ditarik balik kerana tercemar.

"Arahan penarikan balik telah dikeluarkan oleh KKM untuk produk pati anggur dan sirap strawberi, manakala produk lain keluaran Taiwan yang dibekalkan syarikat ini sedang dianalisis," katanya dalam satu kenyataan hari Rabu.

Beliau berkata sehubungan itu, semua penjual dinasihatkan agar berhenti menjual produk berkenaan, dan pengguna yang terbeli produk tersebut diminta tidak menggunakannya.

KKM turut mengesahkan 20 produk makanan keluaran Taiwan, yang sebelum ini disyaki tercemar, disahkan tidak mengandungi bahan kimia.

Antaranya, Mixed Berries Extract Liquid yang diimport oleh Porrima (M) Sdn Bhd, American Ginseng Energizing Drink (diimport United Kanboo (M) Sdn Bhd) serta lapan produk yang diimport Elegant Solution Trading seperti jem mangga dan Kiwi.

Liow berkata mulai 1 Julai, KKM menguatkuasakan setiap makanan yang diimport dari Taiwan perlu memiliki Sijil Kesihatan keluaran Food and Drug Administration (FDA) Taiwan iaitu Competent Authority (CA) bagi tujuan keselamatan.

Produk yang dimaksudkan termasuk minuman tenaga, minuman sukan, jus, pati buah-buahan serta produk makanan yang mengandungi kolagen dan makanan tambahan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my atau hubungi Bahagian Keselamatan serta Kualiti Makanan Kementerian di talian 03-88833652/03 -88833653. - Bernama

Unknown , Jumaat, Jun 24, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog