/

Anak Cameron Highlands jadi jutawan arang batu di Australia

MELBOURNE 20 Jun - Siapa sangka, seorang lelaki daripada keluarga kurang berada berasal dari Cameron Highlands, kini muncul sebagai anak Malaysia paling kaya di Australia dengan harta bernilai A$950 juta yang diperoleh melalui perusahaan lombong arang batu.

Setelah sekian lama berjaya menyembunyikan diri daripada pengetahuan ramai, akhirnya, rahsia Sam Chong, 68, terdedah juga minggu lepas apabila majalah Business Review Weekly (BRW) menyiarkan nama beliau dalam senarai orang terkaya Rich 200.

Chong, jurutera perlombongan yang tidak menggemari publisiti dan jarang dijadikan bahan berita oleh media Australia, tetap keberatan untuk menceritakan kisah kejayaannya apabila dihubungi Bernama di kediamannya di Brisbane.

Beliau juga enggan berbicara tentang dedikasi, ketekunan dan berapa lama beliau mengambil masa untuk mengumpul kekayaan yang dimilikinya sekarang.

BRW melaporkan bahawa kedudukan Chong melonjak sebagai antara orang terkaya di Australia berikutan kenaikan harga coking coal (arang batu kok) yang digunakan untuk menghasilkan besi.

Chong memiliki sejumlah besar saham dalam Jellinbah Resources, syarikat yang mengusahakan dua lombong arang batu dan sedang dalam proses untuk mengusahakan sebuah lombong lagi.

Pengeluaran lombong itu mencapai lapan juta tan setahun, manakala rancangan pembesaran operasinya dijangka melonjakkan jumlah pengeluaran lombong itu kepada 12 juta tan setahun menjelang 2013.

BRW berkata, Chong juga banyak mendapat manfaat daripada bijih berkualiti tinggi yang terdapat di kawasan perlombongannya.

"Harga arang batu kok jauh lebih tinggi daripada arang batu yang digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik dan permintaan China terhadap bahan itu menyebabkan harganya semakin melonjak.

Selepas bersekolah rendah di Tanah Rata, Cameron Highlands, Chong melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah menengah di Ipoh sebelum meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Taiwan.

Pada 1973, beliau mengikuti pengajian peringkat pasca ijazah dalam jurusan kejuruteraan perlombongan di University of New South Wales, Australia.

Setelah tamat pengajian, Chong bekerja dengan beberapa syarikat dan akhirnya menetap di Bowen Basin, Queensland, kawasan yang menghasilkan hampir dua pertiga daripada jumlah arang batu kok dunia. - BERNAMA

Unknown , Rabu, Jun 22, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog