2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Amy Search bergandingan Slash

DIA bertaraf legenda, tetapi gaya percakapannya tetap melambangkan dirinya seorang yang suka merendah diri, jauh sekali mahu mendabik dada dengan pencapaiannya dalam pentas muzik antarabangsa.

Itulah sikap pemain gitar handalan dunia, Slash yang cukup sinonim dengan kumpulan Guns N Roses.
Apabila dipuji bahawa dia adalah antara gitaris terbaik, Slash hanya tertawa kecil.
 
Malah, dia sendiri mengagumi ramai guru dalam dunia gitar yang dianggapnya lebih dulu makan garam.
 
Dalam nada berterus-terang, Slash berkata di dunia ini tidak ada istilah 'gitaris terbaik'. Apa yang membezakan mereka adalah stail permainan, konsep muzik, penyampaian mesej serta kelompok pendengar.
 
"Antara idola saya sendiri adalah Jeff Beck, Eric Clapton, adik-beradik Angus & Malcolm Young (AC/DC), Jimmy Page (Led Zeppelin), Joe Perry (Aerosmith) serta Hank Marvin (The Shadows).
 
"Bagi saya, semua ada keistimewaan masing-masing," kata Slash kepada wartawan Malaysia ketika dihubungi, baru-baru ini.
 
Buat julung kalinya, peminat muzik yang membesar dengan melodi mahupun pengaruh Guns N Roses akan dapat menyaksikan persembahan Slash di Malaysia pada 5 Ogos ini.
 
Persiapan rancak sedang dibuat oleh gitaris terkemuka itu bersama pemuzik iringannya untuk menggegarkan pentas Sunway Lagoon pada malam itu kelak.
 
Konsert Slash - Live In Kuala Lumpur 2010 yang dibawakan oleh Firefly itu bakal berlangsung di Surf Beach Sunway Lagoon, Subang Jaya, bermula 7 malam.
 
Ia dihangatkan lagi dengan kehadiran rakan baik Slash, gitaris pengiring serta vokalis konsert jelajahnya iaitu Myles Kennedy.
 
Peminat di Malaysia akan pasti teruja untuk melihat aksi Slash apabila memainkan beberapa lagu-lagu hit sewaktu bersama Guns N Roses selain lagu daripada album solonya.
 
Antara lagu itu adalah Civil War, Nightrain dan lagu 'wajib' paling popular, Sweet Child O' Mine. Tidak ketinggalan lagu lain bersama Velvet Revolver, Snakepit dan lagu band Myles, Alter Bridge.
 
Dalam temuramah itu juga, Slash berharap dia akan mampu memberikan persembahan terbaik bagi kelompok peminatnya di Malaysia.
 
Apa lebih membanggakan 'rocker otai' Malaysia, Amy Search diberi penghormatan menjadi artis 'opening act' (pembuka tirai) konsert itu.
 
Amy yang turut memuja Slash dijangka menyanyikan lapan lagu solo termasuk lagunya bersama Search selama 40 minit. Kata Slash lagi, dia sendiri tidak dapat menjangkakan sambutan penonton di Malaysia kelak.
 
"Buat masa sekarang, saya bersama kru sudah membuat persiapan rapi bagi memastikan segala-galanya lancar. Berada dalam suasana dan negara baru, saya sendiri berasa teruja dan tidak sabar-sabar beraksi.
 
"Konsert ini sudah tentu mewujudkan pengalaman berbeza. Lagipun saya jarang mengadakan persembahan di rantau Asia. Ia pasti antara pengalaman terhebat sepanjang hidup saya," katanya.
 
Sejak anggota Guns N Roses membawa haluan masing-masing 14 tahun lalu, Slash sudah menemui rakan sejiwa yang memberi harapan baru menjayakan konsert sebagai artis solo.
 
Katanya, Myles menghidupkan semangat terus berkarya dalam genre hard dan blues rock yang diminati.
 
"Kehadirannya memberi semangat apatah lagi dia membuktikan kemampuan dirinya sebagai penggubah lagu, malah mampu bermain gitar sambil menyanyi.
 
"Buat masa ini, Myles menjadi vokalis tetap saya apabila menjayakan jelajah antarabangsa. Dalam nota positif, saya suka Myles kerana bukan saja berbakat, tapi memiliki sikap profesional yang membuatkan seseorang bersemangat untuk mencari idea baru," ujar Slash.
 
Slash pernah menghasilkan lima album bersama Guns N Roses, Appetite For Destruction, G N' R Lies, Use Your Illusion, Use Your Illusion II dan The Spaghetti Incident.
 
Dia juga menghasilkan album It's Five O'Clock Somewhere dan Ain't Life Grand bersama Slash' Snakepit.
 
Sewaktu bersama Velvet Revolver, Slash antara gitaris 'tegar' jenama Gibson Les Paul, merakam dua album bertajuk Contraband dan Libertad.
 
Album baru solo Slash ada 14 lagu. Ramai legenda metal, rock mahupun alternatif seperti Lemmi Kilmister, Ozzy Osbourne, Kid Rock, Dave Grohl dan Adam Levine tampil dalam album itu.
 
Ujar Slash lagi, fokus utama sepanjang tahun ini adalah menjayakan konsert bersama Myles.
 
"Buat masa ini, perancangan mengadakan beberapa persembahan di beberapa negara Asia lain sudah ada seperti Singapura dan Hong Kong," katanya.
 
Hakikatnya, jika bersama Guns N Roses dulu, imej Slash dikatakan memberi kesan negatif kepada golongan muda kerana suka meletakkan rokok di mulutnya serta mengambil alkohol.
 
Bagaimanapun, itu semua sudah berlalu apabila Slash kini menampilkan imej bersih. Dia sudah meninggalkan alkohol dan berharap konsert di Malaysia bebas penjualan dan pengaruh alkohol.
 
Konsert Istimewa itu dibawakan Syarikat Penerbangan Komuniti Terbaik rantau ini, Firefly. Syarikat itu baru melancarkan pakej konsert percutian dalam negeri dan luar negeri melalui laman webnya.
 
Tiket menyaksikan konsert berharga RM378 untuk VIP. Bagi PS1 (Public Standing) tiket berharga RM253, RM178 dan RM128. Tiket berharga RM183, RM128 dan RM93 bagi PS2.
 
Sebarang pertanyaan tiket, orang ramai boleh menghubungi FATDEAL di talian 03-7862 2000 atau layari tiket atas talian di laman www.fatdeal.com.my.
 
Selain Harian Metro sebagai akhbar rasmi, konsert turut disokong penaja lain seperti Tourism Malaysia, TV3, Hot FM, FlyFM dan Sunway Resort Hotel & Spa dan Sunway Lagoon.
 
Tahun lalu, Time Magazine menyenaraikan Slash pada kedudukan kedua daripada seramai 10 Pemain Gitar Elektrik Terbaik Sepanjang Zaman. Dia berada pada kedudukan ke-21 dalam senarai 50 Gitaris Terhebat Gigwise.
 

NAMA PENUH: Saul Hudson
TARIKH LAHIR: 23 Julai 1965 (Usia 44)
TEMPAT LAHIR: Hampstead, England kini menetap di Los Angeles, California
GENRE: Hard rock, blues-rock, heavy metal, jazz rock
KARIER: Pemuzik, komposer, produser
INSTRUMEN PILIHAN: Gitar (Gibson Les Paul)
TAHUN AKTIF: Sejak 1983
LABEL: UZI Suicide, Geffen, Koch, RCA
KOLABORASI BAND & ARTIS SOLO: Guns N' Roses, Slash's Snakepit, Slash's Blues Ball, Velvet Revolver, Hollywood Rose, Lenny Kravitz, Michael Jackson, Derek Sherinian, Poison, Myles Kennedy, Cypress Hill dan Ozzy Osbourne
 
 
 
Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my
Adam Merah , Sabtu, Julai 31, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog