LONDON - Tinjauan terbaru mendapati potongan badan berisi dan gebu seperti aktres Kate Winslet atau Kelly Brook (Foto) kembali popular di kalangan wanita, lapor sebuah akhbar semalam.
Winslet, 34, yang pernah memenangi anugerah Oscar, mengungguli tinjauan pendapat melibatkan 2,000 wanita berusia 18 tahun ke atas dengan mendapat 16 peratus undi.
Mengekori di belakang aktres berkenaan ialah Brook dengan undian 15 peratus manakala bekas gadis James Bond, Halle Berry yang memiliki tubuh menggiurkan berada di kedudukan ketiga.
"Keputusan tinjauan ini merupakan anjakan positif bahawa tubuh berisi seperti Winslet dan Brook kini menjadi pilihan wanita," kata Dr. Jacquie Lavin iaitu ketua bahagian nutrisi rangkaian pusat pelangsingan badan, Slimming World yang menganjurkan tinjauan tersebut.
Menurutnya, wanita kini tidak lagi menggemari susuk tubuh kurus kering seperti yang ditonjolkan beberapa selebriti terutamanya model Kate Moss dan Victoria Beckham.
Beckham dan Moss berkongsi tempat tercorot apabila masing-masing cuma memperoleh satu peratus undi.
"Wanita kini lebih menitik berat soal pemakanan berbanding obsesi memiliki susuk tubuh kurus seperti model," tambahnya. - Agensi
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.
Lain orang lain seleranya. ada orang yang montok dan gebu itulah cantik tapi orang tak fikir, fikiran yang yang sihatlah yang cantik sebenarnya.
BalasPadam