/

Perbezaan Masjid Melayu dengan Masjid Pakistan-India!

MASJID PAKISTAN artinya Masjid yang didirikan oleh komuniti keturunan Pakistan mahupun India di negara kita. Kebanyakan umat Islam yang memakmurkannya adalah mereka yang bermazhab Hanafi.

Manakalah MASJID MELAYU pula merujuk kepada tempat ibadah yang didirikan dan dimonopoli oleh umat Melayu Islam di tanah air kita ini. Kebanyakan yang memakmurkannya adalah mereka yang bermazhab Syafie.

Apa yang menariknya mengenai kedua-dua masjid ini ?. Saya tidak akan mengulas mengenai "MASJID MELAYU" kerana rata-rata kita sudah mengenalinya. Tetapi saya akan lebih memperkatakan perihal suasana dan perlaksanaan ibadat yang dilakukan di Masjid Pakistan-India di tanah air kita ini.


Semenjak kecil saya telah biasa ke Masjid Pakistan dan Masjid India yang berada di bandaraya Kuala Lumpur ini. Bapa saya dahulu sering ke kedua-dua masjid ini untuk bertemu dengan teman-temannya dan " pekena " capati dan teh tarik.



Di Kuala Lumpur ini ( sehingga ke saat ini ) saya sering ke masjid-masjid ini, samada Masjid Pakistan di Chow Kit, Masjid Pakistan di Balai Polis ataupun Masjid India yang berhampiran dengan Wisma Yakin itu mahupun Masjid Pakistan di Sentul. Kadang-kadang di waktu Subuh pun, saya sanggup ke masjid tersebut untuk berjemaah walaupun jaraknya bukanlah dekat.



Kadang-kadang kawan-kawan termasuklah isteri dan ibu saya pun bertanya : " Apa yang menariknya di masjid itu ? ".



Saya jawab : " Banyak !. Yang paling menarik adalah suasananya ".



Suasana yang bagaimana ?.



1 - Waktu Solat ~ Biasanya jangka masa solat Subuh didirikan di masjid tersebut agak lambat berbanding di masjid / surau Melayu. Di Masjid Pakistan-India, Solat Subuh didirikan lebih-kurang 30 minit daripada tempoh azan Subuh dikumandangkan.



Kalau Solat asar pula, di kebanyakan masjid jika azan dilaungkan pada pukul 4.45 petang, maka di Masjid Pakistan-India akan dilaungkan pada pukul 5.30 petang.



Suara bacaan imamnya pula ala Imam di Masjid al-Haram Mekkah ataupun Masjid an-Nabawi di Madinah. Sungguh mempersonakan dan mententeramkan.



2 - Selepas Solat ~ Tiada zikir berjemaah dilakukan sehingga mengganggu jemaah yang masih belum selesai menunaikan solat. Semuanya " zikir sdn bhd " kemudian Imam akan membaca doa pendek lalui diaminkan oleh jemaah ( doa sekitar 2-3 minit sahaja ). Masjid Melayu pula, imam-imamnya suka doa-zikir-wirid-tahlil kuat-kuat sampai " bergegar tiang-tiang " tanpa mempedulikan jemaah ( makmum ) yang masih belum sempat menyelesaikan solat mereka. Bukan itu sahaja, doanya pula panjang-panjang tanpa mempedulikan makmum yang biasanya " mengejar masa " ( khususnya warga KL ini yang sentiasa sibuk berkerja ).



3 - Pengajian Tahfiz al-Quranul Karim ~ Boleh dikatakan hampir setiap Masjid Pakistan-India ini meneruskan tradisi Pengajian ala-Deobandi dan Luckowi ini. Ada pengajian tahfiz yang dijalankan secara sistematik dan serius. Sedangkan masjid-masjid Melayu pula, lebih menekankan pengajian burdah dan berzanji.



4 - Kafe ~ Sesuai dengan jiwa-raga peminat-peminat masakan Pakistan-India ini. Kari kow mengalahkan "Kari 786" pun ada. Nak makan dengan nasi putih ke, dengan nasi beryani ke ataupun dengan roti. Macam-macam ada!.



Itulah beberapa tarikan Masjid Pakistan-India yang sempat saya perkatakan kali ini.


Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan "instituti Masjid-Masjid Melayu", tetapi perlu ada perubahan yang lebih baik dilakukan. Bukan sekadar "
duduk di takuk lama" dan berorientasikan tradisi taqlid buta semata-mata.



From: Taman2Syurga@yahoogroups.com [mailto:Taman2Syurga@yahoogroups.com] On Behalf Of Zailina Mahmud [zailina88@yahoo.com]
Sent: Saturday, October 24, 2009 1:30 PM
Subject: ((Tmn2Syurga)) APA KES : BEZA MASJID MELAYU DENGAN MASJID PAKISTAN!!

 

Muhammad Ttuyup , Rabu, Oktober 28, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog