2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Erti Jantan dayus


Internal Virus Database is out of date.
Checked by AVG - www.avg.com
Version: 8.5.409 / Virus Database: 270.13.113/2399 - Release Date: 09/27/09 17:52:00

KUALA LUMPUR: Sanggup membutakan mata dengan kecurangan isteri, membiarkan isteri menyara keluarga sementara suami lebih selesa duduk goyang kaki di rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Itu realiti yang seakan-akan menjadi ‘trend’ masyarakat masa kini apabila ramai
suami yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri dan anak tidak melakukan tanggungjawab itu, sebaliknya membiarkan isteri lebih berperanan sebagai ketua keluarga.

Lebih memalukan, ada di antara suami dayus itu membiarkan isteri melakukan maksiat kerana mereka sendiri sibuk menjalin hubungan dengan wanita lain dan ada juga disebabkan takut kepada isteri.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain, berkata fenomena suami dayus kini antara punca utama berlakunya perceraian kerana daripada 15 kes permohonan fasakh yang diterima secara purata oleh firma guamannya setiap bulan, 10 memberi alasan suami dayus.

Menurutnya, tiada peruntukan dalam undang-undang Islam mensabitkan lelaki atau suami dayus tetapi ia boleh ditimbulkan oleh isteri dalam kes tuntutan fasakh atau mutaah bagi mensabitkan suami tidak bertanggungjawab terhadap isteri atau rumah tangga.

Punca utama suami dayus ialah kurangnya ilmu agama. Mereka mengabaikan nafkah batin dan tidak menjalankan tanggungjawab tanpa alasan munasabah. Masalah kewangan antara sebab utama dayus.

“Ada suami yang berduit berpeleseran di luar dan membiarkan isteri curang, manakala anak berbuat maksiat seperti berjudi dan minum arak serta meninggalkan solat kerana kononnya berfikiran terbuka
,” katanya.

Dalam satu kes, katanya, seorang suami tergamak mengarahkan isteri melacurkan diri asalkan isteri membawa duit pulang ke rumah. Malah ada ketikanya suami merakam gambar tidak senonoh isteri bersama lelaki lain.

Apabila isteri yang tidak tahan diperlakukan sedemikian memfail kes perceraian di mahkamah, suaminya menunjukkan gambar isterinya bermesra dengan lelaki lain kononnya sebagai bukti wanita itu curang.

Hakikatnya, dia yang mendorong isteri melakukan kerja tidak baik. Logiknya siapa yang mengambil gambar isteri berpelukan dengan lelaki lain.

“Jahat macam mana pun seorang lelaki, dia tidak boleh lihat isterinya buat jahat. Ini kategori terlalu dayus kerana memaksa isteri buat jahat. Lelaki seperti ini tiada maruah dan sehina-hina manusia kerana makan duit isteri,”
katanya.

Mohd Zaidi berkata, satu lagi kes suami dayus yang dikendalikannya boleh disifatkan pelik kerana suami itu menetapkan syarat kepada isterinya iaitu tujuh tahun berkahwin, dia menyara isteri dan tujuh tahun selepas itu, isteri pula menyara kehidupannya.

Selepas tujuh tahun menyara keluarga, suami itu tinggal di rumah menjaga anak dan menguruskan rumah tangga. Bagaimanapun pada tahun kelima isterinya bekerja, isteri yang tidak tahan kerenah suami memfail kes fasakh.

“Sewaktu suami bekerja, isteri yang turut mempunyai ijazah tidak pernah meminta macam-macam, tetapi apabila dia bekerja, suami minta yang bukan-bukan seperti menyediakan makanan berkhasiat kerana tidak mahu dia gemuk disebabkan hanya duduk di rumah dan meminta barangan mahal untuk keluarga dan rumah tangga.

“Jika isteri tidak beli apa dimahukan, suami mengamuk. Suami juga ada hobi pengotor iaitu membawa balik kereta dan motosikal buruk dan membaikinya di rumah kerana tiada kerja,”
katanya.

Menurutnya, ada juga
suami dilabel dayus kerana tidak memberi nafkah batin kepada isteri tanpa alasan munasabah dan turut bersikap dingin tanpa komunikasi.

Namun atas desakan isteri, mereka mengadakan hubungan kelamin. Apabila isteri hamil, suami berkata, ‘sudah mengandung, sudahlah...’ maksudnya tak perlu lagi lakukan hubungan seks. Sehingga isteri melahirkan anak, dia dibiarkan begitu saja.

“Apabila minta penjelasan, isteri ditengking dan dihambur kata-kata kesat seperti katakan lapar seks, jalang, perempuan tak tahu malu dan boleh dicari di tepi jalan,
” kata Mohd Zaidi.

Sementara itu pakar motivasi dan kaunselor, Dr HM Tuah Iskandar, berkata secara purata beliau menerima tiga aduan setiap bulan mengenai suami yang tidak menjalankan tanggungjawab atau membiarkan isteri melakukan perbuatan bertentangan ajaran Islam.

Menurutnya, isteri terbabit mengadu mereka dipaksa bekerja sedangkan suami lebih suka tinggal di rumah dan sangat mengejutkan apabila ada suami menggalakkan isteri melakukan maksiat serta zina asalkan tidak mengganggu hobinya yang gemar berfoya-foya.

Kes ini membabitkan satu pasangan yang lima tahun berkahwin tetapi tiada anak. Isteri menghidu perbuatan suaminya yang kerap berfoya-foya di kelab malam atau mengunjungi perempuan simpanannya.

“Isterinya marah dan meminta suami berhenti berbuat demikian, namun suaminya meminta dia tidak diganggu dan sebagai imbuhan dia membenarkan isterinya menyimpan kekasih lain asalkan tidak membawanya pulang ke rumah
,” katanya.

HM Tuah berkata, akibat marah dan dendam dengan suaminya, isteri terbabit kemudian menjalin hubungan dengan lelaki lain sehingga kepada hubungan ranjang.

Namun selepas empat tahun hidup bergelumang dosa, isteri itu mula sedar dan ingin kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Beliau berkata,
perbezaan status kerjaya juga sering menjadi punca suami tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan dayus sambil memberi satu kes membabitkan pasangan suami isteri yang berkahwin hampir 15 tahun.

Menurutnya, pasangan itu ada seorang anak dan suami yang bekerjaya sederhana serta mempunyai paras rupa tidak seberapa selalu ‘merendah diri’ dengan isterinya yang berjawatan tinggi serta cantik.

Lelaki ini mengadu kepada saya mengenai isterinya yang dia lihat berjalan dan berpelukan dengan lelaki lain. Dia mengekori kereta dinaiki isterinya dan lelaki itu menuju ke sebuah kondominium mewah. Namun pengawal keselamatan menghalangnya memasuki kawasan itu.

“Apabila dia menelefon isterinya, wanita itu beritahu dia ada tugas di pejabat yang belum selesai dan akan pulang lewat. Selepas isterinya pulang pada lewat malam, lelaki ini masih tidak berani bertanya mengenai apa dilihatnya.

“Malah sehingga kini lelaki itu memendam perasaan dengan alasan dia bersyukur dapat berkahwin dengan isterinya itu serta sedar taraf dirinya
,” katanya.

Menurutnya, satu lagi kes dikendalikannya membabitkan pasangan suami isteri bergelar ustaz dan ustazah yang berkahwin lebih 20 tahun atas dasar cinta sejak belajar di luar negara dan kini ada tiga anak.

HM Tuah berkata, ustaz itu mengadu sejak lima tahun kebelakangan ini isterinya sering mengamuk walaupun kerana hal kecil.

Dia memberitahu isterinya pernah mengejutkannya yang tertidur di luar rumah dengan menggunakan kaki, malah pernah menendangnya hingga terjatuh dari kerusi ketika dia tertidur.

“Isterinya juga kerap memukul dan memaki hamunnya di depan jiran. Namun disebabkan perasaan sayang masih berputik selain dirinya bergelar ustaz, dia tidak mengambil tindakan balas, sebaliknya mendiamkan diri dan membiarkan
,” katanya.

Beliau berkata, dalam ketiga-tiga kes itu jelas si suami bersikap dayus kerana tidak menegur perbuatan isteri yang melampaui batasan dan mengikut Islam, mereka diharuskan menceraikan isteri.

Namun itu bukan alasan untuk bercerai, sebaliknya ia sebagai cara memberi pengajaran kepada isteri jika mereka masih tidak sedar dengan perbuatan dilakukan dan segala usaha untuk menyedarkan isterinya gagal,” katanya.

 

Oleh NORAINON OTHMAN dan AZAM SHAH YAACOB
metahad@hmetro.com.my

try , Selasa, Oktober 27, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog