/

Agenda Perpaduan Melayu Hanyalah Mitos dan Cerita Khalayan Seperti Cerita Wayang Kulit

Benar sama sekali. Kita lihat yang mejadi "champion" kepada inisiatif memadukan orang Melayu sekarang ini adalah UMNO. Tapi, UMNO yang mahu menjuarai perpaduan ini sudah pecah barah banyak kali dalam sejarah mereka bermula dengan penubuhan PAS pada 1952. Selepas tu kita lihat Dato Onn menubuhkan Parti Negara sedangkan Dato' Onn adalah pengasas UMNO dan banyak contoh lain.

 

Ia bererti perpaduan di kalangan orang Melayu hanyalah mitos. Malahan, selama ini tindakan UMNO menzalimi PAS dan membunuh pimpinan PAS bukan satu tindakan yang mengarah kepada membina perpaduan dan persefahaman sesama Melayu/Islam. Bukankah Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh secara kejam di Memali itu orang Melayu juga?

 

Hakikatnya, perpecahan di antara PAS dengan UMNO menguntungkan orang Melayu dan menguntungkan Islam. Saya cuma membandingkan dengan Indonesia yang hidup di bawah orde baru/diktator Suharto selama 32 tahun. Selama itu, Suharto tidak mempunyai pembangkang dan tidak pernah gusar bahawa kerajaan dan kepimpinan beliau akan jatuh.

 

Apa yang berlaku selama Suharto memerintah adalah perompakan kekayaan Indonesia oleh Suharto, keluarganya dan kroninya selama 32 tahun. Perompakan yang berlaku secara berterusan tanpa henti.

 

Suharto berani melakukan demikian kerana beliau tiada saingan. Beliau berkuasa penuh sehingga Islam telah dibuang dari administrasi negara Indonesia.. Suharto mengedepankan ideologi Pancasila yang meletakkan Islam sebagai anak tiri. Pemerintah Indonesia tidak diizin mengeluarkan wang untuk membina masjid ataupun apa-apa aktiviti keislaman. Malahan nama "Allah" pun tidak diizinkan untuk digunakan dalam masjlis2 atau koresponden rasmi.

 

Berbeza dengan Malaysia. Walaupun UMNO sekular seperti juga Suharto, tetapi kerana wujud PAS yang mampu menggugat UMNO di kawasan Melayu, maka UMNO tidak berani menghapuskan institusi agama serta amalan keagaaman di dalam pentadbiran negara.

 

Jika UMNO berani bertindak seperti Suharto, nescaya UMNO akan terhapus di semua kawasan Melayu dan kesemua kerusi Melayu akan pergi kepada PAS. Ertinya, wujud PAS telah melindungi Islam dan institusi Islam di Malaysia. Walaupun PAS tidak pernah memerintah negara, tetapi jasa PAS kepada Islam di Malaysia adalah tidak terhingga.

 

Dengan kata lain, wjudnya perpecahan antara PAS dengan UMNO adalah satu rahmat kepada Islam dan umat Melayu di Malaysia. UMNO terpaksa berbelanja dengan cukup besar bagi menambat hati rakyat Melayu kerana takut mereka mengundi PAS di waktu pilihanraya. Hasilnya, Melayu di Malaysia tidak semiskin serta sehina miskin di Indonesia. Semiskin-miskin melayu di Malaysia, tiada yang terpaksa makan sampah untuk hidup. Di Indonesia ada.

 

Berenti lah buat propaganda bodoh, kononnya PAS dengan UMNO mesti bersatu. Kita hanya bersatu dari segi beberapa agenda bersama bukan dari segi tubuh parti dan organisasi.

 

Berentilah sebar cerita bohong kamu, wahai UMNO

 

Tulang Besi

 

(sumber Kaitan dari)

try , Rabu, September 02, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog