Get Free Updates in your Inbox
Follow us on:

'Penawar' alahan kacang tanah

Rate this posting:
{[["☆","★"]]}
EMPAT kanak-kanak yang menghidapi alahan kepada kacang tanah berjaya 'diubati' oleh sekumpulan doktor di Hospital Addenbrooke, Cambridge.

Kanak-kanak itu didedahkan kepada kacang tanah sepanjang tempoh enam bulan untuk membina tahap ketahanan mereka secara beransuran, menurut sebuah laporan BBC.

Setiap seorang kanak-kanak kini boleh memakan sekitar lima biji kacang tanah sehari.

Ini adalah kali pertama satu alahan makanan berjaya 'ditewaskan' dengan cara seperti ini, walaupun kajian lanjut perlu untuk menentukan hasil kajian pertama itu.

Alahan kepada kacang tanah mengakibatkan masalah pernafasan di kalangan remaja.

Ia juga boleh mengancam nyawa apabila ia menyebabkan kejutan 'anaphylactic'.

Kumpulan perubatan itu percaya bahawa rawatan itu boleh dilanjutkan kepada orang dewasa pula. - Cyberita
© 2014. 2 + 4. Design by Viet Phuong + Edited by Slee DO