Khamis, 30 Oktober 2008

Ubat baru HIV beri harapan baru


WASHINGTON - Penghidap HIV mendapat harapan baru apabila sejenis ubat didapati berjaya menghalang pertambahan virus penyakit berkenaan pada pesakit yang belum dirawat, kata sekumpulan penyelidik semalam.

Ketika menghadiri pertemuan dengan anggota-anggota Pertubuhan Mikrobiologi Amerika dan Pertubuhan Penyakit Berjangkit Amerika kumpulan itu berkata, ubat tersebut dinamakan Isentress dan dihasilkan oleh firma farmaseutikal Merck and Co.

Menurut mereka, ia merupakan ubat pertama berjaya mengatasi keberkesanan ubat efavirenz yang masih digunakan untuk merawat penghidap HIV.
Pada Oktober tahun lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi kelulusan Isentress digunakan untuk merawat penghidap HIV.

Setakat ini masih belum ada ubat yang dapat menyembuhkan penghidap HIV.
Bagaimanapun, campuran pelbagai jenis ubat termasuk Isentress atau nama pasarannya, raltegravir dapat mengekang jangkitan virus maut itu dan mengekalkan tahap kesihatan pesakit. - Reuters

1 ulasan: