/

Dua Produk Jenama Munchy's Disita Untuk Analisis Di Makmal


Munchy's Mini Crackers with Peanut Butter & Munchy's Mini Crackers with Cheese Cream

KUALA LUMPUR, 20 Okt - Kementerian Kesihatan menyita dua produk biskut jenama Munchy's keluaran Malaysia - Munchy's Mini Crackers with Peanut Butter dan Munchy's Mini Crackers with Cheese Cream - yang dilapor mengandungi melamin melebihi tahap yang dibenarkan.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman berkata kementerian membuat pemeriksaan terhadap kilang itu berikutan laporan yang mengatakan pihak berkuasa Hong Kong mengesan dua produk berjenama Munchy's itu mengandungi melamin melebihi tahap dibenarkan.

"Sampel produk itu telah dihantar kepada makmal untuk dianalisis tahap kandungan melamin," katanya dalam kenyataan di sini hari Ahad.

Sementara itu, hasil keputusan terhadap 11 jenis produk makanan yang disita dan dianalisa mendapati kesemuanya mematuhi tahap melamin yang ditetapkan.

Sebelas produk makanan itu ialah Amoy Flour Vermicilli (Sau Tao), Chocolate Cookies (Golden Fuji), Chocolate Drink (Garden Stone), Cream Flavour Biscuits (Hong Da Food), Creamy Peanut Butter (Kinus), Crips Chocolate Flavour Cracker (Golden Fuji), Fiber Cracker (Aji), Gula Udang Merah (Sanwa), House of Steamed Potato (Silang), Saltine Crackers (Four Seas) dan The Original Danish Butter Cookies (Silang).


Beliau turut menasihatkan pengguna agar tidak membeli biskut yang dijual di pasar malam, pasar tani, bazar malam yang tidak mempunyai label.

"Pengguna dinasihat sentiasa membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk di pasaran dan perlu menyemak senarai produk yang tidak mematuhi tahap bagi melamin yang ditetapkan di laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)," katanya.

Noraini berkata orang ramai yang mempunyai keraguan boleh menghubungi BKKM di talian 03-88833655, 88833503, 88833652, 88833500 yang dibuka dari pukul 8 pagi hingga 9 malam atau melayari laman web http:/fsg.moh.gov.my dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Munchy Food Industries Sdn Bhd C.K. Tan dalam kenyataannya berkata tiada satu pun produk syarikat itu mengandungi bahan berasaskan susu dari China, sebaliknya dari Australia dan Perancis.

Beliau berkata Munchy akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan yang sedang menganalisis produk berkenaan dan akan mengambil tindakan yang selaras dengan keputusan ujian makmal itu.

Beliau berkata produk Munchy dihantar kepada agensi pensijilan bebas iaitu Chemical Laboratory (M) Sdn Bhd di Malaysia dan Pacific Lab Services of Zargo Singapura untuk diuji dan hasil ujian mendapati ia selamat untuk digunakan. - bernama
try , Isnin, Oktober 20, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog