2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Fatwa 'Memakai Lambang Cross (Salib)'

Telah berfatwa Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato' Seri Utama Dr. Haji Awang Ismail bin Umar Abdul Aziz di dalam fatwanya 'Memakai Lambang Cross (Salib)' Bil : 77/78 katanya :
"Dan cross-cross ini termasuk pada perkara-perkara atau benda-benda yang dipakai khas bagi orang Nasrani atau Kristian. Maka menurut pendapat al-Imam as-Sayyid Abdullah bin Yahya, bahawa orang Islam yang memakai cross dengan cenderung hatinya pada agama Kristian atau dia qasadkan menyerupai orang kafir pada cogan-cogan atau adat kufur mereka, maka dia dihukumkan kafir. Dan jika dia tiada cenderung hatinya pada agama Kristian dan tiada pula dia qasadkan menyerupai pada cogan-cogan atau adat-adat kufur bagi orang Kristian, maka dia telah berbuat haram dan dosa. Dan jika dia menyerupai orang Kristian dalam perkara yang tersebut dengan serempak (tidak sengaja) atau tiada semena-mena dan tiada qasad sesuatu dari perkara-perkara yang tersebut, maka dia tiada berdosa tetapi dia telah membuat makruh." Tamat katanya.

Dan fatwa beliau lagi berkenaan dengan perkara 'Memakai Bintang Kebesaran Yang Ada Bentuk Cross Atau Seakan-akan Cross, 'Bil : 18/78 beliau berkata :

"Berdasarkan fatwa al-'Allamah al-Habib Abdullah yang di atas ini, maka memakai bintang yang serupa cross atau memakai bintang yang bertatah atau bersulam dengan cross adalah haram dan berdosa, kerana cross cogan agama Kristian, jika kiranya dipakai bintang berupa cross atau bertatah cross itu dengan tiada niat atau tiada tujuan memuliakan cross atau memuliakan agama Kristian".

Adapun kiranya dia memakai bintang yang tersebut degan tujuan memuliakan cross atau agama Kristian atau memakainya dengan menghina-hina dan mengecil-ngecilkan agama Islam, maka orang Islam yang memakai dengan keadaan begitu adalah telah menjadi kufur wal'iyaadzulbillah.

Dan kiranya dia belum tahu akan hukum haram pada memakai bintang yang keadaan seperti di atas dengan syarat yang di atas atau dia belum tahu akan hukum kufur pada memakai bintang yang keadaan seperti di atas dengan syarat yang diatas, maka makruh perbuatannya itu wallahu a'lam." Tamat katanya.

Kesimpulan dari fatwa beliau itu ialah :


(i) Haram dan berdosa hukumnya serta kufur orang yang memakai cogan-cogan agama Kristian seperti cross dengan niat memuliakan agama Kristian dan menghina, mengecil-ngecilkan agama Islam.

(ii) Haram dan berdosa hukumnya tetapi tidak kufur bagi orang yang memakai cogan-cogan agama Kristian seperti cross dengan tidak ada niat memuliakan agama Kristian atau menghina dan mengecil-ngecilkan agama Islam.

(iii) Manakala bagi orang yang memakai cogan-cogan agama Kristian seperti cross, sedang dia tidak mengetahui akan hukum-hukumnya yang tersebut di atas, maka adalah makruh sahaja hukumnya.

Maka demikian itu pula qiyas memakai baju yang berjenama minuman keras atau memaparkan jenama dan lambang persatuan-persatuan dan simbol-simbol Kristian adalah sama hukumnya seperti yang diterangkan di atas, kerana penggunaan dan pemaparan jenama-jenama dan lambang-lambang itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan mengenalkan minuman keras (arak) dan syarikat pembuat arak yang berkenaan, supaya ianya lebih dikenali dan lebih diminati sehingga pada akhirnya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu.
try , Rabu, April 23, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog