2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Si ganas dari Amazon



Tragedi paling sadis pada 1981 apabila 300 mangsa bot karam di jeti Sungai Amazon maut dibaham piranha ketika cuba berenang ke tepian

PADA 19 September 1981, berlaku suatu kejadian mengerikan berhampiran sebuah jeti di Sungai Amazon, Brazil.   

Dilaporkan pada hari itu, sebuah bot yang membawa lebihan muatan iaitu dinaiki lebih 478 penumpang terbalik dan karam ketika menghampiri sebuah jeti di Obidos yang terletak di tepi sungai sepanjang kira-kira 6,240 kilometer itu.

Keadaan kecoh mula tercetus apabila ramai penumpang terhumban ke dalam sungai dan terkapai-kapai cuba menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, pada ketika itulah satu kejadian mengerikan berlaku kepada mereka. Tanpa sempat berenang ke tepian, penumpang itu diserang suatu makhluk air di sungai berkenaan.

Dengan kejam dan sadis, makhluk itu pantas menggigit untuk memakan daging penumpang yang masih terkapai-kapai. Rasa sakit teramat sangat setiap kali rahang dan gigi tajam makhluk itu mencengkam tubuh mereka.










SUNGAI Amazon menjadi habitat piranha.

Suasana di kawasan itu semakin mengerikan apabila darah merah mangsa segera bercampur dengan air sungai.

Tidak lama kemudian, lebih 300 penumpang bot berkenaan dilaporkan maut dalam sungai yang menjadi saksi tragedi ngeri itu. Hanya 178 penumpang yang berjaya diselamatkan daripada serangan makhluk kejam terbabit.

Ramai percaya bahawa lebih 300 penumpang malang itu mati dan menjadi makanan kepada piranha iaitu sejenis ikan air tawar paling kejam dan berbahaya di dunia.
Walaupun jasad ikan itu kecil iaitu sekitar 20 sentimeter panjang, hidupan air itu memiliki gigi yang teramat tajam seumpama mata pisau. Dengan sekali gigit saja, gigi piranha mampu mengoyak daging manusia dengan mudah.










caption image3

Tambahan pula, ikan itu bergerak dan menyerang secara berkumpulan sekali gus menyebabkan jasad mangsa yang diserang dengan pantas tinggal tulang.

Walaupun ikan itu turut memakan buah, tumbuhan dan ikan lain, mereka dikatakan paling menggemari daging bangkai haiwan ataupun mayat manusia.

Keadaan itu menyebabkan piranha turut digunakan sebagai ejen untuk melupuskan mayat penduduk kawasan hutan di tepi Sungai Amazon ketika musim banjir.

Berikutan mayat tidak dapat ditanam ketika banjir, penduduk yang mati ditinggalkan di dalam sungai dan selepas beberapa jam, piranha akan memakan jasad itu sehingga meninggalkan tulang. Tulang rangka mayat kemudian dikumpul, dikeringkan sebelum dikebumikan.
Gigi piranha yang tajam dan rahang yang kuat menyebabkan penduduk Amerika Selatan di tepian sungai itu turut menggunakan organ berkenaan sebagai pisau dan alat memotong.

Bagaimanapun, penyelidik percaya hanya dua jenis piranha yang ganas sehingga mampu mendatangkan bahaya yang dahsyat kepada manusia iaitu dari jenis merah berjalur dan piranha hitam. Kedua-dua piranha jenis ini hidup di kawasan air mengalir perlahan di Sungai Amazon.

Selain dua jenis ikan itu, piranha dikatakan tidak ganas dan jinak malah turut dibela dalam akuarium di rumah atau pejabat oleh pihak tertentu. Ikan itu turut dimakan dan dijual di pasar oleh penduduk Amazon.

Kewujudan piranha juga dikatakan penting dan turut menyumbang kepada keseimbangan ekologi menerusi beberapa cara. Antaranya mereka ‘membersihkan’ Sungai Amazon daripada dicemari bangkai yang mungkin menyebabkan keracunan selain mengawal populasi ikan dengan memakan ikan yang beracun dan lemah.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ikan kecil itu menyerang dan mampu melukakan manusia bukanlah suatu mitos. Justeru, sekiranya anda melawat Sungai Amazon dan merendamkan kaki di dalamnya, maka berhati-hatilah. Mungkin jari kaki anda akan hilang dimakan piranha.

INFO: Piranha
  • Populariti piranha sebagai ikan yang memakan daging manusia menyebabkan ia dijadikan filem oleh Hollywood pada 1978.

  • Ikan air tawar yang memakan buah, tumbuhan, ikan lain dan daging.

  • Antara lokasi habitatnya adalah di kawasan air mengalir perlahan di Sungai Amazon, Amerika Selatan.

  • Piranha turut menjadi mangsa kepada ikan lumba-lumba sungai, buaya dan ikan Arapaima.

  • Gigi piranha dijadikan pisau dan alat pemotong manakala dagingnya dimakan penduduk Amazon.

  • Oleh Nasron Sira Rahim, nasron@bharian.com.my<
    try , Selasa, April 22, 2008 | 2 komentar :: Best Blogger Tips
    • Share On Facebook
    • Digg This Post
    • Stumble This Post
    • Tweet This Post
    • Save Tis Post To Delicious
    • Float This Post
    • Share On Reddit
    • Bookmark On Technorati
    Blog Gadgets

    ...lagi Artikel yang Berkaitan :

    Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

    Salam Blogger.... !!! .

    2 ulasan :

    1. assalamualaikum,ini adalah merupakan salah satu daripada kurniaan yang diberikan,oleh allah s.w.t kepada ikan piranha.

      BalasPadam
    2. sebab tu la saya takut masuk kat sungai umur saya skrg 25 tahun dan seumur hidup saya baru sekali saya masuk kat sungai tu pun terpaksa.hehehe...saya takut pasal saya pernah tengok ulangan filem piranha tu...sunguh menghantui jiwaku....

      BalasPadam

    1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
    2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
    3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
    4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
    5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
    6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
    7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
    8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

    Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog