2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pewarna rambut punca kanser - CAP

GEORGE TOWN - Biarpun pewarna rambut dianggap fesyen terkini dan menjadi kegemaran untuk menyerlahkan penampilan, ramai yang tidak menyedari ia boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan risiko kanser.

MOHAMED IDRIS menunjukkan pewarna rambut yang didakwa mengandungi bahan yang merbahaya kepada pengguna di George Town semalam.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris, disebabkan secara asasnya rambut berwarna hitam, ia perlu dicerahkan menggunakan peluntur hidrogen peroksida yang juga agen kanser untuk menaikkan sisik kutikel pada rambut sehingga mengganggu kelembapan rambut.

Selain itu katanya, beberapa kajian menunjukkan penggunaan pewarna rambut juga meningkatkan kanser sistem limpa, risiko leukemia atau kanser sel darah sama ada untuk lelaki atau wanita dan kanser ovari untuk wanita.
"Kajian itu menunjukkan risiko di kalangan pengguna yang memakainya dalam tempoh yang lama terutama pewarna rambut yang gelap.

"Kebanyakan bahan dalam pewarna rambut yang ada di pasaran sekarang diperoleh daripada sumber petroleum yang dikatakan sebagai pewarna tar batu arang oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA)," katanya pada sidang media di pejabat CAP semalam.

Mohamed Idris berkata, tar batu arang mengandungi beberapa sebatian organik termasuk benzena iaitu sejenis bahan pelarut yang beracun yang boleh diserap menerusi kulit.

"Ia juga mengandungi fenol yang boleh menyebabkan masalah jerawat, bengkak dan ruam selepas disapu pada kulit.

"Pengguna juga tidak harus tertipu dengan inai hitam yang turut digunakan untuk mewarna rambut kerana ia bukanlah pewarna daripada sumber tumbuhan asli," ujarnya.

Ini kerana jelasnya, daun inai tidak akan menghitamkan rambut tetapi tetapi hanya memberikan beberapa warna antaranya perang gelap dan kemerah-merahan.
Tambahnya, sejenis bahan kimia toksik yang dikenali para phenylenediamine turut digunakan yang boleh menyebabkan berlaku katarak paras tinggi kepada pengguna pewarna rambut itu.

"Oleh itu, Kementerian Kesihatan digesa mengharamkan penggunaan bahan-bahan kimia dalam produk pewarna rambut atau produk dandanan rambut yang lain," jelasnya.
- Kosmo ( Oleh AZELI ALI, mohdazeli.ali@kosmo.com.my )
try , Sabtu, April 19, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog