/

Pengidap diabetes wajib jalani pemeriksaan mata setiap tahun elak glaukoma

KUALA LUMPUR: Pengidap diabetes mesti menjalani pemeriksaan saringan mata mata setiap tahun bagi mengelakkan mereka mengidap penyakit mata, glaukoma.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata selain golongan itu, mereka yang berusia 40 tahun ke atas juga perlu menjalani pemeriksaan supaya penyakit itu dapat dikesan di peringkat awal.

Glaukoma adalah penyumbang kedua kepada masalah kebutaan di negara ini. Mengikut kajian National Eye Survey 1996, yang dijalankan ke atas 18,027 individu, didapati 1.77 peratus kebutaan berpunca daripada glaukoma selepas katarak yang menyumbang 39 peratus.

“Apa yang membimbangkan, berbeza dengan katarak yang boleh dipulihkan, glaukoma yang digelar the silent thief of sight ini tidak boleh dipulihkan,” katanya selepas merasmikan Hari Glaukoma Sedunia 2008, di sini, hari ini.
Liow berkata, glaukoma merupakan penyakit kronik yang menyebabkan kerosakan saraf optik yang progresif dan kadangkala boleh terjadi secara tiba-tiba.

Hingga kini, tiada kaedah rawatan atau ubat yang boleh memulihkan pesakit glaukoma. Kehilangan penglihatan akan kekal dan tidak boleh dipulihkan.

“Walaubagaimanapun, kebutaan dapat dielakkan dengan pengubatan awal yang boleh menghentikan atau melambatkan kehilangan penglihatan.

“Justeru pengesanan awal melalui ujian dan diagnosa yang tepat adalah amat penting dan rawatan berkala boleh dimulakan di peringkat awal bagi memelihara penglihatan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Liow berkata, untuk menjayakan pemeriksaan saringan mata, kamera fundus telah ditempatkan di klinik-kilik kesihatan termasuk 10 di klinik kesihatan seluruh Terengganu, klinik kesihatan di Kuala Pilah, Jinjang dan Kajang.

Kementerian Kesihatan akan terus mengambil inisiatif untuk meningkatkan jumlah kemera fundus di klinik-klinik kesihatan strategik seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, bagi kawasaan-kawasan luar bandar, pakar oftalmologis yang pakar tentang penyakit glaukoma boleh datang ke klinik kesihatan luar bandar seminggu atau dua minggu sekali untuk menjalankan pemeriksaan mata kepada penduduk di situ.

Katanya, sehingga kini, terdapat 300 pakar dalam bidang oftalmologis di 36 hospital seluruh negara.

Memang kita kekurangan pakar dalam bidang ini namun kita mempunyai lebih kuranng optometris yang turut dapat membantu orang ramai dalam mengesan penyakit ini,” katanya.

Liow berkata, kerajaan boleh menyediakan kemudahan kesihatan namun rakyat juga perlu ada usaha untuk menjaga kesihatan mereka.

Kita boleh sediakan kemudahan tapi jika tanpa sokongan dan penyertaan rakyat, semua itu takkan memberi manfaat.

“Justeru, perlu ada kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan di kalangan rakyat,” katanya.

Katanya, beliau juga telah meminta semua pengarah di kementeriannya untuk berhubung dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dan memberi bantuan kepada NGO terbabit dalam usaha menjayakan kempen kesedaran dan memberi panduan kesihatan. - mStar
try , Jumaat, April 25, 2008 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

  1. assalamualaikum,sesungguhnya mata adalah anugerah allah s.w.t yang tidak ternilai harganya.tanpanya kita tidak mungkin dapat melihat alam yang diciptakan oleh allah s.w.t ini.

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog