Penemuan tersebut dinyatakan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin, mengenai kegunaan sisa buangan itu yang sedang dalam kajian.
"Selain itu, ekstrak kepala udang kecil itu juga boleh dimanfaatkan menjadi baja serta produk-produk lain yang bernilai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman penyelidikan itu di UMT di sini, semalam.
Kerjasama akan dijalinkan dengan Sustainable Exploitation of Aquatic Products (Seapro) melalui French Institute of Research for Exploitation of The Sea (Ifremer).
Seapro diwakili Ketua Penyelidik Ifremer, Dr. Jean Pascal Berge.
Menurut Sulaiman, selain penyelidikan produk-produk akuatik, antara program lain yang akan dijalankan melalui kerjasama itu ialah pertukaran kakitangan dan pelajar, pertukaran penerbitan dan khidmat.
"Kita harap dengan terjalinnya kerjasama ini, bukan sahaja akan menambah pengetahuan pihak pengurusan, tenaga pengajar dan pelajar tetapi juga diharap dapat meningkatkan prestasi dan daya saing UMT dalam sektor penyelidikan," katanya - kosmo! [ Oleh MANIRAH OTHMAN,
manirah.othman@kosmo.com.my ]
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
betul ke?.....cemana caranya..nak cuba la
BalasPadam