/

Kenderaan tiada tali pinggang keledar belakang diberi masa tiga tahun

KUALA LUMPUR, 20 Apr - Pemilik kenderaan yang tiada tali pinggang keledar bagi penumpang belakang kenderaan akan diberikan masa selama tiga tahun untuk memasang kelengkapan itu, kata Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat.

Katanya walaupun pelaksanaan dasar amalan memakai tali pinggang keledar bagi penumpang belakang kenderaan akan berkuatkuasa Jun depan, dengan tempoh menyebarluaskan konsep pelaksanaan amalan itu adalah tiga bulan bermula Jun, tempoh pemasangan bagi kenderaan yang tiada kelengkapan itu diberikan sehingga tiga tahun akan datang.  

Beliau berkata buat permulaan pelaksanaan dasar itu hanya terhad kepada kenderaan individu yang dikeluarkan selepas 1995 yang memang telah dipasang kelengkapan itu dan bagi kenderaan keluaran sebelum tahun itu digalakkan untuk memasang kelengkapan itu.

"Pelaksanaan ini kita akan buat secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun dan kita mahu orang ramai faham dan sedar tentang keselamatan diri melalui penggunaan tali pinggang bagi penumpang belakang.

"Bagi pemilik kereta keluaran selepas 1995, kalau dah ada tali pinggang, apa susahnya kalau kita pakai sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara mengingati Kapitan Yap Ah Loy di sini hari ini.

Kapitan Yap Ah Loy yang juga dikenali Yap Tet Loy dan Yap Mao Lan adalah tokoh sejarah yang gigih dalam mengasas dan menerokai Kuala Lumpur sebagai pusat komersil dan perlombongan sekitar pertengahan abad 1800-an.
Ong berkata kerajaan yakin dasar itu akan tidak akan membebankan orang ramai kerana mereka tidak memaksa rakyat memasang tali pinggang keledar belakang dalam kadar segera tetapi memberi tempoh untuk berbuat demikian.

Katanya kementerian akan berunding dengan pengilang kereta untuk membekalkan kelengkapan itu dengan spesifikasi yang betul kepada pemilik kenderaan yang belum memilikinya.

Selain itu, katanya kementerian juga akan memastikan tiada pihak yang memonopoli dalam pembekalan kelengkapan itu kepada pemilik kenderaan.

Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mencadangkan kerajaan memberikan tempoh tertentu bagi pemilik kenderaan memasang tali pinggang keledar di bahagian belakang kenderaan dan mewujudkan kesedaran mengenainya sebelum ia dilaksanakan.

Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata mengikut statistik polis penguatkuasaan penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang belakang dapat mencegah 350 kematian setahun, bagi kematian penumpang belakang kenderaan yang tidak menggunakan tali pinggang keledar dalam kemalangan jalan raya. - bernama
try , Isnin, April 21, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog